Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Sidang Kemuncak Kelestarian KL tangani jerebu rentas sempadan

KUALA LUMPUR,. Jerebu merentas sempadan, isu yang berulang di rantau ini, dijangka menjadi satu daripada topik utama yang dibincangkan pada Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) yang kali pertama diadakan dari 14-16 Okt depan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata KLSS yang diadakan sempena Kepengerusan ASEAN-Malaysia tahun ini, akan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan utama dari negara anggota ASEAN bagi mempercepatkan langkah tindakan iklim serantau.

“Jerebu merentas sempadan juga dibincangkan secara akitf di platform ASEAN. Kita juga ingin melakukan beberapa perkara berhubung isu tersebut pada mesyuarat ASEAN tahun ini, jadi saya rasa itu antara isu yang akan kita bincangkan semasa KLSS nanti.

“Dengan matlamat untuk menghasilkan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Daya Tahan Iklim, KLSS berhasrat menjadikan bandar raya ini sebagai platform utama bagi menghadapi daya tahan iklim pada masa hadapan,” katanya pada sidang media selepas prapelancaran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2025 dan KLSS di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata KLSS yang akan menampilkan ketua-ketua pemikir dari rantau ASEAN dan Asia Pasifik, meliputi aktiviti seperti podcast, ucaptama serta panel perbincangan dan meja bulat yang kesemuanya memfokuskan kepada strategi boleh laksana yang mampu memberi kesan di peringkat tempatan, serantau dan global.

–BERNAMA

Sumber: Harian Nusantara

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC