Our Story

mgtc-logo-line (1)
Sidang Kemuncak Kelestarian KL tangani jerebu rentas sempadan

KUALA LUMPUR,. Jerebu merentas sempadan, isu yang berulang di rantau ini, dijangka menjadi satu daripada topik utama dibincangkan pada Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) yang pertama kali diadakan dari 14-16 Okt depan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata KLSS yang diadakan bersempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini, akan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan utama dari negara anggota ASEAN bagi mempercepatkan langkah tindakan iklim serantau.

“Jerebu merentas sempadan juga dibincangkan secara akitf di platform ASEAN. Kita juga ingin melakukan beberapa perkara berhubung isu tersebut pada mesyuarat ASEAN tahun ini, jadi saya rasa itu antara isu yang akan kita bincangkan semasa KLSS nanti.

“Dengan matlamat untuk menghasilkan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Daya Tahan Iklim, KLSS berhasrat menjadikan bandar raya ini sebagai platform utama bagi membincangkan daya tahan iklim pada masa hadapan,” katanya pada sidang media selepas prapelancaran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2025 dan KLSS di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata KLSS yang akan menampilkan ketua-ketua pemikir dari seluruh rantau ASEAN dan Asia Pasifik, meliputi aktiviti seperti podcast, ucaptama serta perbincangan panel dan meja bulat yang kesemuanya memfokus kepada strategi boleh laksana yang mampu memberi impak di peringkat tempatan, serantau dan global.

–BERNAMA

Sumber: The Nusantara Daily

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

KLSS 2026 Rates

Pricing Options

Early Bird available until 31st May 2026

Price does not include SST.

 Early Bird Rates

Standard
RM1,485
Government / Academic
RM1,215

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650
Government / Academic
RM1,350

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350
Government / Academic (per person)
RM1,000

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC