Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
𝐅𝐑𝐈𝐌 𝐃𝐈𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐒𝐀𝐇 𝐌𝐘𝐇𝐈𝐉𝐀𝐔

22 Oktober 2025 – FRIM Green telah diiktiraf sebagai Rakan Pengesah (Verification Partner) bagi 𝐒𝐤𝐢𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐭𝐢𝐫𝐚𝐟𝐚𝐧 𝐌𝐲𝐝 𝐌𝐲𝐝 Malaysia dan Perbadanan Perubahan Iklim (MGTC).

Sijil pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Datuk Dr Ching Thoo Kim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kepada Mahmudin Saleh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM dalam satu majlis sempena Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (𝐈𝐆𝐄𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟓 pada 16 Oktober lalu.

Turut hadir, Hashim W. Samsi, Pengarah Perkhidmatan Pensijilan Produk (FRIM PCS) serta pegawai-pegawai FRIM iaitu Dr Sharmiza Adnan dan Nor Haliyan Tan Shilan.

Pengiktirafan ini menandakan satu lagi pencapaian penting FRIM dalam memperkukuh peranan institusi sebagai peneraju dalam penyelidikan dan inovasi berteraskan kelestarian.

MyHIJAU merupakan skim pengiktirafan hijau rasmi negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Pensijilan daripada MGTC ini menzahirkan komitmen jangka panjang FRIM dalam mengamalkan pendekatan mesra alam dan mampan, khususnya dalam penghasilan produk hijau, lestari dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Pengiktirafan ini membuktikan kesungguhan FRIM dalam menyokong agenda kelestarian negara, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh ekonomi hijau dan meningkatkan amalan lestari di Malaysia.

Info: Nur Elysa Shakira Othman

Gambar: Muhammad Fadhli Roslan

#FRIM#MyHIJAU#MGTC#Kelestarian#EkonomiHijau#InovasiHijau#IGEM2025#GTeknologi Hijau#VerificationPartner#MalaysiaHijau

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest