Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Perkasa bandar rendah karbon
NIK NAZMI Nik Ahmad menyampaikan anugerah kepada penerima pada majlis itu di Shah Alam, Selangor.

SHAH ALAM: Kerajaan komited terus melaksanakan inisiatif bandar rendah karbon yang menyumbang signifikan kepada pengurangan impak perubahan iklim di negara ini.

Inisiatif itu dilaksanakan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dengan kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PBT disaran menetapkan hala tuju dan pendekatan yang sesuai dengan konsep tersebut.

“Saran itu penting ke arah mencapai sasaran pengurangan gas rumah kaca (GHG) berdasarkan Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (NLCCM) 2021. 

“Perancangan dan pembangunan bandar mampu membangunkan ekonomi hijau tempatan selain peluang pekerjaan dan menarik pelaburan domestik serta antarabangsa,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022, malam tadi.

Penerimaan anugerah itu terdiri daripada badan kerajaan dan organisasi swasta dalam pelepasan GHG menerusi program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030. 

Tiga diberi penyertaan pengiktirafan Reka Bentuk Diamond yang mengurangkan kadar pelepasan GHG manakala 11 lagi Sijil Sementara atas usaha pembangunan data penanda aras dan pelan tindakan dasar tersebut.

Jelas Nik Nazmi, kementerian turut akan mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan negeri dan PBT bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan NLCCM.  

“Ia selaras sasaran bagi mewujudkan 200 zon rendah karbon dan 1,000 rakan kongsinya di seluruh negara menjelang 2030.

“Malaysia perlu terus komited dan progresif menangani isu perubahan iklim bagi mencapai pelepasan GHG sifar bersih seawal-awalnya pada 2050,” katanya.

Tambah beliau, pengurangan GHG yang dicatatkan tahun lalu berjumlah 209,214 tan karbon dioksida dan bersamaan dengan penanaman 5.2 juta batang pokok. – UTUSAN

Sumber : Utusan Malaysia

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC