Our Story

mgtc-logo-line (1)
Perkasa bandar rendah karbon
NIK NAZMI Nik Ahmad menyampaikan anugerah kepada penerima pada majlis itu di Shah Alam, Selangor.

SHAH ALAM: Kerajaan komited terus memperkasakan inisiatif bandar rendah karbon yang menyumbang signifikan kepada pengurangan impak perubahan iklim di negara ini.

Inisiatif itu dilaksanakan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dengan kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PBT disaran menetapkan hala tuju dan pendekatan yang bersesuaian dengan konsep tersebut.

“Saranan itu penting ke arah mencapai sasaran pengurangan gas rumah kaca (GHG) berdasarkan Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (NLCCM) 2021. 

“Perancangan dan pembangunan bandar  mampan berupaya membangunkan ekonomi hijau tempatan selain peluang pekerjaan dan menarik pelaburan domestik serta antarabangsa,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022, malam tadi.

Penerima anugerah itu terdiri daripada badan kerajaan dan organisasi swasta dalam pengurangan pelepasan GHG menerusi program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030. 

Tiga penyertaan diberi pengiktirafan Reka Bentuk Diamond yang berpotensi mengurangkan kadar pelepasan GHG  manakala 11 lagi Provisional Certificate atas usaha pembangunan data penanda aras dan pelan tindakan dasar tersebut.

Jelas Nik Nazmi, kementerian turut akan mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan negeri dan PBT bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan NLCCM.  

“Ia selaras sasaran bagi mewujudkan 200 zon rendah karbon dan 1,000 rakan kongsinya di seluruh negara menjelang 2030.

“Malaysia perlu terus komited dan progresif menangani isu perubahan iklim bagi mencapai pelepasan GHG sifar bersih seawal-awalnya pada 2050,” ujarnya.

Tambah beliau, pengurangan pelepasan GHG yang dicatatkan tahun lalu berjumlah 209,214 tan karbon dioksida dan bersamaan dengan penanaman 5.2 juta batang pokok. – UTUSAN

Sumber : Utusan Malaysia

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC