Our Story

mgtc-logo-line (1)
Dr Zulkifli Lancar Tiga Projek Masjid Al-Hidayah Sempena Program ZIKIR

Zulkifli Hasan melancarkan tiga projek komuniti Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020 sempena program MADANI Membantu: Ziarah Kasih Rahmah (ZIKIR) Bersama Komuniti Behrang semalam.

Masjid yang dikenali sebagai “Masjid Biru” itu giat melaksanakan pelbagai projek pembangunan lestari yang memberi manfaat kepada kariah serta komuniti setempat.

Sempena program berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu turut menyampaikan sumbangan bersama Yayasan Waqaf Malaysia kepada penduduk sekitar Behrang sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat.

Sebelum itu, beliau beriadah mengayuh basikal bersama kira-kira 20 penduduk Bandar Behrang 2020 bermula dari Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) sebelum tiba di masjid sekitar jam 10 pagi.

Dr Zulkifli seterusnya merasmikan projek pemasangan solar, dewan terbuka yang siap dibina dua bulan lalu serta tapak semaian hidroponik. Beliau turut meninjau projek penuaian air hujan, lori kutipan minyak masak terpakai untuk kitar semula serta pemeriksaan bateri percuma oleh syarikat usahawan Bumiputera, Bateriku.

Beliau memuji inisiatif jawatankuasa masjid yang melaksanakan pelbagai projek bermanfaat kepada komuniti di samping membantu menjimatkan perbelanjaan operasi masjid.

Projek solar yang mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 60 peratus dilaksanakan di bawah program Rumah Ibadat Hijau dengan kerjasama Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) di bawah penyelarasan Bendahari Masjid, Fauzi Ghani.

Program Pemindahan Ilmu Sistem Penuaian Air Hujan pula dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Sains Kemanusiaan dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), manakala projek hidroponik dijalankan bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Pengerusi Masjid, Shahmuri Agus berkata masjid yang dirasmikan oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 2016 itu sentiasa mengalu-alukan kolaborasi dengan agensi kerajaan, NGO serta institusi pengajian tinggi awam.

Turut hadir Orang Besar Jajahan Muallim, Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad; Pengurus Divisyen Komuniti Lestari MGTC, Muhd Muhtazam Noor Din serta Pegawai Penyelidik Kanan MARDI Seremban, Mohd Johaary Abdul Hamid.

Sumber: Suara Merdeka

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC