Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
RM7.883 bilion dijana menerusi pelaburan hijau tahun lalu

Kuala Lumpur: Sebanyak RM7.883 bilion dijana menerusi pelaburan hijau tahun lalu meliputi sumbangan daripada inisiatif Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA), Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) 4.0 serta Pameran dan Persidangan Antarabangsa Produk Eko dan Teknologi Hijau Malaysia (IGEM).

Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sumbangan termasuk komitmen pelaburan yang diraih menerusi siri IGEM sejak 2020 yang berjaya menjana lebih RM10 bilion potensi pelaburan hijau setakat ini.

Beliau berkata, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui agensi berkaitan seperti Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penganjuran IGEM, GTFS dan GITA serta pengukuhan pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP).

“Dari segi peluang pekerjaan, inisiatif ini telah menyumbang kepada penciptaan lebih daripada 2,000 peluang pekerjaan hijau pada tahun 2024,” katanya sewaktu pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar (PN-Kemaman) mengenai nilai penjanaan pelaburan hijau dan bilangan peluang pekerjaan hijau bagi tahun 2024.

Menyentuh soalan tambahan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai cabaran utama yang dihadapi NRES, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi mengakui antara cabaran yang dihadapi ialah mengenai akses kepada pembiayaan bagi projek yang mahu dilaksanakan.

“Saya mengaku bahawa salah satu cabaran ialah akses kepada pembiayaan. Kerajaan boleh membiayai projek berskala kecil tetapi jika skala besar, ia perlu ada nilai ekonomi.

“Maka bank-bank tempatan (kalau perkara yang) boleh bawa kewangan besar, mereka akan terlibat.

“Disebabkan itu, apa yang berlaku hari ini kita berdepan masalah banyak syarikat kecil dan sederhana mereka tidak dapat memperoleh pembiayaan hijau ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut menghadiri bahawa negara ini juga memerlukan pakar teknikal dalam setiap bidang yang boleh membantu mengurus alam sekitar.

“Kesedaran industri dan masyarakat juga perlu kita buat supaya masyarakat di negara ini terlibat secara langsung memainkan peranan mengurangkan (pelepasan gas) rumah hijau dalam negara,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC