Agrobank salur RM30 juta bantu PMKS agromakanan

SHAH ALAM – Agrobank menyalurkan RM30 juta menerusi Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA) 2025 bagi memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam sektor agromakanan melalui penggunaan agroteknologi. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program pembiayaan strategik di bawah Inisiatif Belanjawan 2025 itu bertujuan menyokong agenda keterjaminan makanan negara. […]