Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Iskandar Investment raih anugerah Cabaran Rendah Karbon

PETALING JAYA: Iskandar Investment Berhad (IIB) meraih pengiktirafan 5-Berlian bagi pembangunan Daerah Pusat Perniagaan Karbon Sifar Bersih (NZCC) menerusi pelan induk Medini Innopolis, di Iskandar Puteri, Johor di anugerah Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C).

Selain anugerah terbabit, IIB turut menerima dua lagi pengiktirafan berlian iaitu 5-Berlian untuk Menara IIB (Medini 9) dan 2-Belian untuk Kompleks 1 EduCity.

Anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) disampaikan oleh Menterinya , Nik Nazmi Nik Ahmad .

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Idzham Mohd Hashim berkata, di tengah-tengah arus urbanisasi yang kian pesat, adalah menjadi tanggungjawab IIB untuk menerapkan prinsip rendah karbon demi kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar, serta pengurusan sumber semula jadi yang lebih cekap.

“Pengiktirafan ini bukan sekadar satu penghormatan , tetapi bukti nyata kesungguhan kami dalam merealisasikan sebuah metropolis inklusif dan mampan di Medini, Iskandar Puteri, Johor,” katanya dalam kenyataan .

Dilancarkan pada tahun 2019, LCC2030C merupakan sebuah inisiatif nasional yang bertujuan mempercepat transformasi Malaysia ke arah pembangunan bandar rendah karbon.

Sebagai pemaju induk yang menerajui transformasi Medini, IIB terus menjadi perintis kelestarian dalam perancangan bandar dan pertumbuhan ekonomi .

Sumber: Utusan

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest