Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Malaysia bukti komitmen Perjanjian Paris, hantar laporan pertama BTR Disember lalu – Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media selepas merasmikan Hasil Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC): Pelancaran Laporan Pembabitan Malaysia di UNFCCC-COP29 (Persidangan Ke-29 Pihak-Pihak) dan Laporan Ketelusan Dwitahunan (BTR) di ibu negara, hari ini.
Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media selepas merasmikan Hasil Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC): Pelancaran Laporan Pembabitan Malaysia di UNFCCC-COP29 (Persidangan Ke-29 Pihak-Pihak) dan Laporan Ketelusan Dwitahunan (BTR) di ibu negara, hari ini.

KUALA LUMPUR: Malaysia telah menghantar Laporan Ketelusan Dwitahunan (BTR) pertama kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) ke-29 pada 31 Disember lalu.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, ia membuktikan komitmen negara terhadap Perjanjian Iklim Paris dan agenda iklim ASEAN.

“Kita telah melancarkan BTR pertama, ia telah dihantar ke UNFCCC pada 31 Disember lalu, ini sebahagian komitmen kita dalam Perjanjian Iklim Paris.

“Kita merupakan negara ke 85 daripada 198 negara telah membentangkan BTR mengikut jadual, ini telah diketuai Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) yang menyediakan dokumen dengan sokongan pelbagai pihak.

“Ini selaras dengan komitmen kita mencapai sasaran Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) pengurangan 45 peratus intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) menjelang 2030 dan dalam jangka masa panjang, kerajaan sejak tahun lepas telah meletakkan sasaran sifar bersih menjelang 2050,” katanya.

Mengulas mengenai Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu COP 30 yang akan diadakan di Brazil November tahun ini, Nik Nazmi menjelaskan Malaysia bersama negara tuan rumah telah mengadakan beberapa siri perbincangan mengenai agenda ingin diadakan termasuk pemeliharaan hutan dalam menangani perubahan iklim.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hasil Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC): Pelancaran Laporan Pembabitan Malaysia di UNFCCC-COP29 (Persidangan Ke-29 Pihak-Pihak) dan Laporan Ketelusan Dwitahunan (BTR) di ibu negara hari ini.

Sumber: Buletin TV3

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC