Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
MGTC mulakan projek tukar bateri motosikal EV di Malaysia — 40 unit terlibat, dua bulan percubaan

Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) kini telah memulakan projek penukaran bateri motosikal elektrik bermula esok, 10 Disember 2024, dan akan berlangsung sehingga 9 Februari 2025.

Projek berkenaan bertujuan serta menilai kebolehlaksanaan, manfaat cabaran bagi pelaksanaan teknologi penukaran bateri untuk mempercepatkan pertumbuhan serta penerima motosikal di Malaysia. Tempoh percubaan bagi demonstrasi penukaran bateri motosikal elektrik ini akan meliputi Lembah Klang sepanjang tempoh yang dinyatakan itu, serta akan melibatkan pengguna motosikal dalam jarak perjalanan pertengahan dan jauh.

40 buah motosikal elektrik akan terlibat untuk tujuan ini, terdiri daripada dua model — Blueshark R1 Lite, dan RydeEV Hyper: masing-masing 20 buah, dengan jarak perjalanan 100 km dan 110 km dan laju maksimum antara 80 km/j dan 90 km/j.

Percubaan ini akan disokong oleh rangkaian penukaran bateri Blueshark dan Oyika, dengan keseluruhannya terdapat 29 penukaran bateri EV yang terletak di stesen minyak, kedai runcit dan pusat beli-belah di Lembah Klang.

Pihak yang ikut serta dalam demonstrasi ini antaranya terdiri daripada Majlis Bandar Petaling Jaya (MBPJ, lima unit) , Zalora Malaysia (12 unit), SPX Express (10 unit), Foodpanda (10 unit) dan Ions Technology (tiga unit).

Pengumpulan data menjadi teras utama sepanjang tempoh percubaan ini, bertujuan untuk mendapatkan maklumat seperti jarak jauh setiap kali bagi setiap penukaran, kelajuan yang dicapai, serta data prestasi bateri termasuk tempoh pengecasan dan kesihatan bateri.

Projek ini juga akan menilai prestasi dan kebolehlaksanaan prasarana penukaran bateri motosikal, dari aspek seperti kemudahan penggunaan, jarak antara stesen penukaran bateri dan jumlah penukaran yang berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Data yang dikumpul daripada motosikal elektrik yang digunakan dalam percubaan ini adalah melalui peranti dan perisian yang disediakan oleh Blueshark dan RydeEV bagi motosikal mereka masing-masing, yang akan dimuat turun daripada setiap unit pada penghujung setiap bulan dalam tempoh tersebut. Selain pengumpulan data, percubaan ini juga akan menghimpunkan maklum balas daripada pengguna di pengujung program nanti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor, motosikal elektrik walaupun dengan perkhidmatan penukaran bateri, kerap berdepan dengan penerimaan pengguna akibat terhadnya stesen yang ada, sekaligus menyediakan akses dan jarak perjalanan, serta kos prasarana yang tinggi untuk pengendali.

Sumber: Paul Tan

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC