Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Pelajar SMK Mantin didedah pertanian hidroponik
PELAJAR PPKI SMK Mantin, Seremban mendengar taklimat berkenaan Projek Bijak Tani yang dilaksanakan di sekolah tersebut. – UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
PELAJAR PPKI SMK Mantin, Seremban mendengar taklimat berkenaan Projek Bijak Tani yang dilaksanakan di sekolah tersebut. – UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL

Bagi membantu mengembangkan potensi dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas (MPBK), seramai 23 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mantin terlibat dalam Bijak Tani iaitu mempelajari teknik penanaman secara hidroponik.

Menerusi program di bawah Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) itu, ia dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam pertanian lestari kepada pelajar yang terlibat.

Pengetua SMK Mantin, P. Susila berkata, kesemua pelajar yang terbabit telah pun mengambil Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Modular Asas Tanaman.

“Sebelum ini pelajar PPKI SMK Mantin mengendalikan projek pertanian moden dan tradisional. Kami mempunyai projek tanaman fertigasi meja sayur-sayuran dan fertigasi tembikai. Selain itu, kami juga mengendalikan projek akuaponik yang melibatkan penternakan ikan keli bersama sayur-sayuran.

“Sehubungan itu, menerusi Projek Bijak Tani ini, ia bertepatan dengan fokus kami dalam mengembangkan kemahiran pelajar dalam bidang pertanian.

“"Menerusi penggunaan mesin pertanian hidroponik bertenaga solar ini, diyakini dapat memperkasa generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran pertanian lestari. Sudah semestinya kami mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi penggunaan hidroponik bersolar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penyerahan Mesin Hidroponik Berputar di sekolah berkenaan di baru-baru ini.

Projek Bijak Tani oleh MGTC adalah projek pertanian menggunakan mesin pertanian hidroponik bertenaga solar hasil ciptaan Zull Design Autotranic.

Seramai 100 pelajar dan tenaga pengajar di SMK Mantin dan juga SMK Sungai Burong, Selangor mendapat manfaat daripada projek berkenaan dengan mempelajari teknik penanaman secara

hidroponik selain didedahkan dengan amalan pertanian lestari. – UTUSAN

Sumber: Utusan

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

KLSS 2026 Rates

Pricing Options

Early Bird available until 31st May 2026

Price does not include SST.

 Early Bird Rates

Standard
RM1,485
Government / Academic
RM1,215

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650
Government / Academic
RM1,350

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350
Government / Academic (per person)
RM1,000

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC