Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
MGTC Jalin Beberapa Kerjasama Pada IGEM 2024, Perluas Standard Pengurusan Tenaga
Credit: Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC)
Kredit: Perbadanan Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC)

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) menjalin beberapa kerjasama strategik yang menumpukan kepada peluasan standard pengurusan tenaga dan projek tenaga solar.

Kerjasama berkenaan dijalin pada hari terakhir Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) edisi ke-15 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

MGTC dalam kenyataan pihaknya memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan TNB Labs Sdn Bhd untuk melaksanakan penilaian pensijilan Standard Emas ASEAN (AEMAS) serta program latihan berkaitan pengurusan tenaga, kecekapan dan standard industri.

Menurut kenyataan itu kerjasama berkenaan mengukuhkan komitmen kedua-dua pihak untuk mempromosikan amalan tenaga lestari dan meningkatkan peranan Malaysia dalam usaha pengurusan tenaga di peringkat antarabangsa dan global.

“Sementara itu, menerusi kerjasama yang dijalin, MGTC dan MyCES Sdn Bhd akan menumpukan terhadap pelaksanaan usaha pengurusan tenaga di seluruh Malaysia dengan mengadaptasi EMGS dan teknologi digital bagi pengurusan tenaga serta kemudahan penyelenggaraan sebagai usaha memacu penggunaan tenaga yang lebih pintar, mengurangkan sisa serta meningkatkan kecekapan operasi di pelbagai sektor,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, anak syarikat MGTC, Greentech Catalyst Sdn Bhd bekerjasama dengan Ocean Grapes Technology Co Ltd untuk memajukan pembangunan tenaga solar di Malaysia.

Kenyataan itu sistem kerjasama akan memberi fokus terhadap tenaga solar yang inovatif dengan rancangan untuk mewujudkan tenaga solar berkapasiti 4.5 gigawatt (GW) yang mampu menghasilkan tenaga bersih kepada pihak ketiga, sekali gus berkenaan menyumbang kepada masa depan tenaga boleh diperbaharui Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC Shamsul Bahar Mohd Noor berkata pihaknya teruja dengan kerjasama itu yang akan memacu negara ke arah kelestarian.

“Kami akan memastikan semua inisiatif yang dijalin mampu memacu pertumbuhan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar selaras dengan tema tahun ini Race Towards Net Zero: Regional Leadership for Climate Urgency,” katanya.

Sumber: Bernama

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC