Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
IGEM Bakal Diperluas Melangkaui Pendekatan Berteraskan Perniagaan

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau serta Produk Eko Malaysia (IGEM) edisi akan datang akan diperluas melangkaui pendekatan berteraskan perniagaan apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata edisi IGEM akan datang antara lain akan turut merangkumi acara yang menumpukan kepada dasar dan perkongsian idea.

“Tahun lepas kami menghasilkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), mengkaji semula Dasar Perubahan Iklim Negara dan di fasa akhir untuk memperkenalkan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim dan Kerangka Pasaran Karbon,” katanya selepas majlis perasmian IGEM 2024 di sini hari ini.

IGEM 2024 yang dirasmikan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memberikan komitmen Malaysia terhadap ekonomi hijau apabila negara bersiap sedia untuk COP29, kepengurusan ASEAN pada 2025 dan Expo 2025.

Nik Nazmi berkata edisi IGEM tahun ini memperkenalkan beberapa sorotan baharu yang menawarkan komitmen untuk menggalakkan inovasi dan kerjasama.

Beliau berkata ia menunjukkan zon industri yang mengkhususkan teknologi hidrogen dan karbon, Central Energy Transition Asia (CETA) serta pameran berkaitan Mobility X.

Nik Nazmi berkata sejak 15 tahun lepas IGEM berperanan sebagai platform penting dan edisi 2024 ini akan mengukuhkan lagi kepimpinan di rantau ini dalam menangani cabaran yang dicetuskan oleh perubahan iklim.

IGEM tahun ini dijangka berkembang lagi pengaruhnya di peringkat global dengan penyertaan 480 peserta daripada 48 negara dan 48,000 peserta, mencapai pasaran baharu di Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Bertemakan 'Race Towards Net Zero: Regional Leadership for Climate Urgency, ' penganjuran edisi 2024 berdasarkan lima teras utama iaitu memperkasakan bandar, mengelektrifikasi mobiliti, menyahkarbonkan tenaga, memulihara biodiversiti, dan accelerating circularity.

Sumber: Bernama

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC