Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Kejohanan Boling Jemputan Worldwide Environment 2024 meriah
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WHB, Datin Paduka Norazlina Zakaria (depan tengah) bersama pasukan yang bertanding pada Kejohanan Boling Jemputan Worldwide Environment 2024 di Sunway Megalanes, Petaling Jaya, hujung minggu lalu. - Foto ihsan Bahagian Alam Sekitar, Kumpulan Syarikat Worldwide Holdings Berhad (WHB)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WHB, Datin Paduka Norazlina Zakaria (depan tengah) bersama pasukan yang bertanding pada Kejohanan Boling Jemputan Worldwide Environment 2024 di Sunway Megalanes, Petaling Jaya, hujung minggu lalu. – Foto ihsan Bahagian Alam Sekitar, Kumpulan Syarikat Worldwide Holdings Berhad (WHB)

PETALING JAYA: Kejohanan Boling Jemputan Worldwide Environment 2024 di Sunway Megalanes, pusat beli belah Sunway Pyramid, di sini, hujung minggu lalu meriah dengan penyertaan 41 pasukan.

Kejohanan anjuran Bahagian Alam Sekitar, Kumpulan Syarikat Worldwide Holdings Berhad (WHB) itu menyertai penyertaan pelbagai 200 pemain mewakili jabatan dan agensi kerajaan organisasi Persekutuan di Selangor serta media.

Antaranya ialah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Selain itu, Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Turut mengambil bahagian wakil daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat daerah Selangor serta wakil media daripada Berita Harian (BH), New Straits Times (NST), BERNAMA, Sinar Harian dan Media Selangor.

Kejohanan kali ini menawarkan hadiah bernilai RM2,550 selain cabutan bertuah.

Johan bagi kategori berpasukan menjadi milik JPP Strike daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dengan jatuhan 2,359 pin, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi PADU X dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN SPBT) dengan jatuhan 2,231 pin serta BERNAMA Digital (1,976).

Hadiah pertama bagi kategori jatuhan pin terbanyak lelaki dimenangi Mohd Ikhzal dari JPP Strike dengan 640 jatuhan pin manakala kategori wanita dikuasai Norhayati Mohd Ali dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor dengan jatuhan 511 pin.

Kejohanan turut menyaksikan dua peserta yang pulang hadiah khas bagi balingan lima strike berturut-turut dalam satu permainan iaitu wakil JPP Strikes, Shahril Hafiz dan Mohd Zaki (Strike Bowl UPEN SPBT)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WHB, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata kejohanan boling Worldwide Environment kali terakhir dianjurkan pada 2019 sebelum pandemik COVID.

Katanya, ia adalah salah satu platform untuk meraikan kolaborasi selain mengukuhkan jaringan kerjasama antara Worldwide dengan agensi dan jabatan kerajaan serta organisasi media.

“Penganjuran semula kejohanan ini juga merupakan tanda penghargaan kepada semua pihak yang banyak membantu urusan kerja dan operasi perniagaan, serta memberi sokongan berterusan kepada WHB khususnya di bahagian Pengurusan Alam Sekitar,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC