Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
PETRONAS anjur Hari Rakan Kerjasama OGSE
Acara berkenaan membuktikan komitmen PETRONAS dalam memperkasakan ekosistem OGSE bagi membolehkan vendor di Malaysia terus berkembang dan berdaya saing.
Acara berkenaan membuktikan komitmen PETRONAS dalam memperkasakan ekosistem OGSE membolehkan vendor di Malaysia terus berkembang dan berdaya saing.

KUALA LUMPUR: PETRONAS menganjurkan Hari Rakan Kerjasama Peralatan, Perkhidmatan, Minyak dan Gas (OGSE) yang mengumpulkan lebih 1,000 pemain utama industri sebagai satu platform untuk berkolaborasi dan membina ekosistem OGSE yang lebih berdaya tahan dan berkesan.

Naib Presiden Kumpulan Perolehan PETRONAS, Freida Amat berkata, acara ini membuktikan komitmen PETRONAS dalam memperkasakan ekosistem OGSE membolehkan vendor di Malaysia terus berkembang dan berdaya serta memampan di peringkat serantau dan global pada masa yang sama menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“PETRONAS percaya dengan pendekatan kolektif antara kerajaan, pemain industri tenaga, sektor awam dan swasta adalah sangat penting kerana sudah tiba masanya untuk semua pihak yang terlibat bekerjasama dengan memanfaatkan kekuatan, kepakaran dan sumber kolektif yang sedia ada untuk membina ekosistem yang rintis dan mampu bertahan serta mendorong ke arah perkembangan industri masa hadapan,” katanya.

Pengurus Besar Kanan Pembentukan Industri dan Kolaborasi Kumpulan Perolehan PETRONAS, Syaharudin Hassan berkata, industri OGSE menyumbang kira-kira 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan dilihat penting bagi memacu pertumbuhan serta kemajuan ekonomi Malaysia.

“OGSE Partners Day ini adalah usaha berterusan PETRONAS untuk kearah industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas yang progresif, mampan dan berdaya saing untuk jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Acara yang berlangsung pada Khamis itu turut menjadi platform kepada para pemain industri berbincang dan sesi pembentangan (pitching) yang turut diadakan memberi fokus terhadap pelbagai cabaran selain peluang dalam industri termasuk teknologi, bakat, keupayaan serta kemampanan khususnya dalam mendepani peralihan tenaga serta memacu kepada usaha pengurangan emisi.

Acara tersebut juga menyediakan sebanyak 20 buah reruai melibatkan agensi kerajaan termasuk Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA), Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Peneraju Bumiputra (TERAJU), serta institusi kewangan antaranya Bank Islam, Bank Muamalat, UOB Malaysia, Maybank dan RHB yang menyediakan platform kerjasama dengan industri di bawah program “Vendor Financing” (PETAS).

Dalam pada itu, menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), Mohd Yazid Ja'afar, program pertama seumpamanya yang dianjurkan itu dilihat positif selepas kesemua pihak berkepentingan dikumpulkan dalam satu tempat dan menjadi platform kerjasama terbaik kepada pemain OGSE negara.

“Acara ini boleh digunakan sebagai platform yang sesuai untuk semua pemain dan pemegang taruh mengutarakan segala pandangan atau cadangan mahupun mencari inovasi penyelesaian yang sesuai bagi segala isu serta kolaborasi khususnya dalam tempoh peralihan tenaga.

“Jika kita lihat penganjuran Hari Rakan Kerjasama OGSE, jumlah penglibatan pemain pada hari ini (Khamis) menunjukkan sokongan yang positif… malah, daripada MPRC atau pihak kerajaan sendiri, kami menyokong sepenuhnya inisiatif yang dilaksanakan PETRONAS dan mengharapkan ia akan menjadi usaha berterusan,” jelasnya.

Sumber: Astro Awani

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC