Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
NRECC Jalin Kerjasama Erat Dengan Kerajaan Negeri Dalam Tadbir Urus Alam Sekitar
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Kementerian Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan menjalin kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan aktiviti pembangunan dapat diseimbangkan dengan keperluan pemeliharaan alam sekitar bagi mencapai agenda kelestarian negara.

NRECC dalam kenyataan menyiarkan perkara itu antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE) Bilangan 1, 2023, yang diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya, Selangor, semalam.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad itu turut menyokong kerjasama untuk melaksanakan inisiatif bandar rendah karbon secara menyeluruh bagi mencapai sasaran pengurangan karbon secara mutlak melalui program yang dilaksanakan oleh NRECC dan Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC).

“Program itu seperti mengutamakan perolehan hijau di peringkat tempatan menerusi Program Perolehan Hijau Kerajaan, mempergiat penyertaan dalam Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030, pembangunan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari (SPTL) dan Inisiatif Rumah Ibadat Hijau, menggalakkan pengurusan gas rumah kaca di peringkat organisasi menerusi Sistem Pengendalian Karbon Rendah (LCOS) dan mempercepatkan pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik,” menurut kenyataan itu.

Selain itu mesyuarat turut berkenaan Hari Alam Sekitar Negara yang akan disambut pada 21 Okt, dengan sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan di Johor selain penganjuran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2023 pada 4 hingga 6 Okt di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan tema “Perlumbaan Menuju Sifar Bersih: Kepimpinan untuk Tindakan Iklim”.

“Sesi libat urus dengan pihak pemegang taruh termasuk kerajaan negeri akan dilaksanakan bagi melaksanakan mekanisme pasaran karbon oleh entiti awam dan swasta di Malaysia adalah selari dengan keputusan UNFCCC dan mengambil kira kepentingan negeri-negeri di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Sumber: Bernama

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC