Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Lapan masjid jadi perintis pupuk amalan hijau
Shamsul Bahar (kiri) dan Abdul Hadi (kanan) bersama dua wakil masjid yang menerima peruntukan RM10,000 ketika Kempen Masjid Hijau Pengurusan Aset Air Berhad di Masjid Asy Syuja'ah Merlimau pada Sabtu.
Shamsul Bahar (kiri) dan Abdul Hadi (kanan) bersama dua wakil masjid yang menerima peruntukan RM10,000 ketika Kempen Masjid Hijau Pengurusan Aset Air Berhad di Masjid Asy Syuja’ah Merlimau pada Sabtu.

JASIN – Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Kementerian Kewangan memperuntukkan sebanyak RM80,000 dalam usaha memupuk semangat amalan hijau dan kelestarian alam sekitar di lapan masjid di Kelantan dan Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hadi Ali berkata, daripada jumlah itu, empat masjid di Melaka terpilih untuk melaksanakan projek perintis berkenaan dan selebihnya merupakan masjid dan surau di Kelantan.

Menurutnya, antara masjid terpilih ialah Masjid Asy Syuja’ah dan Masjid Jamek Ar-Rahim, Kampung Tengah Padang di Merlimau selain Masjid Al Wakil Lubok China dan Masjid Al-Hafiz Kampung Tengah di Alor Gajah.

Katanya, tiga masjid di Kelantan pula ialah Masjid Razaleigh, Masjid At Taqwa Kampung Lembaga Gua Musang dan Masjid Buluh di Jalan Kuala Krai-Gua Musang selain Surau Ar-Raudhah Bandar Utama Gua Musang.

“Pemilihan masjid dan surau ini berdasarkan kedudukannya yang terletak dalam jajaran projek pembinaan aset air yang dibangunkan oleh PAAB.

“Ia termasuk sama ada projek pembinaan atau pembesaran loji rawatan air, projek pemasangan paip air serta tangki imbangan di Merlimau dan Alor Gajah serta jajahan Gua Musang, Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Kempen Masjid Hijau Pengurusan Aset Air Berhad di Masjid Asy Syuja’ah Merlimau di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Shamsul Bahar Mohd Nor; Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Abd Rashid Ab Rahman dan Ketua Pegawai Operasi PAAB, Zulkiflee Omar.

Sumber: Sinar Harian

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC