Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Dana Wakaf Masjid Hijau kumpul lebih RM200,000
Nik Nazmi berbual-bual dengan sebahagian penerima Dana Wakaf Majis Hijau pada majlis di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. - Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD
Nik Nazmi berbual-bual dengan sebahagian penerima Dana Wakaf Majis Hijau pada majlis di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. – Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD

BANGI: Inisiatif Wakaf Masjid Hijau berkonsepkan pengumpulan dana awam bagi projek pembangunan masjid berasaskan teknologi hijau berjaya mengumpul RM204,165 sejak dilancarkan pada 2021.

Bagi fasa pertama, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata sebanyak RM190,000 dana Wakaf Masjid Hijau diagihkan kepada empat masjid, bagi melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan.

“Buat masa ini, kita babitkan beberapa masjid seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Negeri Sembilan. Insya-Allah secara berterusan, kerjasama dengan Yayasan Waqaf Malaysia akan dibangunkan lagi.

“Jika kita lihat, kebanyakan inisiatif (amalan hijau) dilaksanakan di peringkat komuniti. Bagi saya, ia satu perkara yang menggalakkan,” katanya pada Majlis Penyerahan Wakaf Masjid Hijau di Dewan Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga dan Alam Sekitar), Datuk Mohamad Razif Abd Mubin, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) merangkap Naib Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Datuk Selamat Paigo dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Shamsul Bahar Mohd Nor.

Nik Nazmi berkata, antara inisiatif hijau dimulakan masjid terpilih termasuk kecekapan tenaga dan air, sumber seperti tenaga boleh baharu, telaga tiub serta pengurusan sisa terpakai melalui program 3R (Recycle, Reduce and Reuse).

“Dalam Islam pun kita tahu, masjid ini pusat komuniti. Jadi, kita mahukan perkara ini dekat dengan masyarakat, bukan hanya dilihat sebagai satu abstrak tetapi boleh dilaksanakan sama ada di rumah ibadat dan kediaman sendiri.

“Kita juga berharap selain kerjasama dengan Yayasan Waqaf Malaysia, pihak korporat dapat membantu untuk mengembangkan dan membantu usaha ini,” katanya.

Pada majlis yang diadakan sempena Bulan Wakaf Kebangsaan bermula 1 Ramadan lalu, Nik Nazmi menyampaikan dana Wakaf Masjid Hijau RM190,000 diagihkan kepada empat buah masjid.

Empat masjid berkenaan ialah Masjid Nurul Iman, Pulau Pinang dan Masjid Dato' Klana Petra Sendeng, Negeri Sembilan bagi pemasangan sistem solar PV.

Selain itu, Masjid Zaid bin Haritsah, Kuala Lumpur memperoleh dana berkenaan bagi pembangunan kebun bandar lestari dan Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Johor untuk sistem pengumpulan dan rawatan air hujan serta pemasangan pili air.

Sementara itu, plak Rumah Ibadat Hijau turut diserahkan kepada tiga masjid pertama yang berjaya menunjukkan pengurangan karbon berbanding penanda aras yang ditetapkan iaitu Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor; Masjid Jamek Ara Kuda, Pulau Pinang dan Masjid Zaid bin Haritsah, Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga masjid berkenaan turut mendapat pengiktirafan 'Diamond Recognition' bagi Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022, anjuran MGTC baru-baru ini.

Sumber: Berita Harian

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC