Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Tanah Merah dinobat Bandar Rendah Karbon

TANAH MERAH: Bandar Tanah Merah dianugerahkan Pengiktirafan Diamond bagi Kategori Zon Rendah Karbon menerusi penyertaan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) dalam Low Carbon City 2030 Challenge (LCC 2030) anjuran Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Exco Teknologi Hijau Negeri Kelantan YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail mengucapkan tahniah kepada MDTM kerana menjadi satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan yang menyertai dan berjaya dalam cabaran tersebut.

Beliau turut memuji komitmen Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) sebagai Rakan Strategik Kerajaan Negeri Kelantan dalam membangunkan industri teknologi hijau yang sentiasa bersedia membantu PBT dalam menjadikan bandar utama di negeri ini bebas karbon.

Katanya, Kerajaan Negeri melalui KUM menyokong penuh usaha PBT dalam mengurangkan pengeluaran karbon di bandar-bandar utama di seluruh Kelantan. 

“Pelbagai inisiatif telah diberikan kepada PBT di Negeri Kelantan dalam usaha untuk menjadikan negeri ini bebas karbon termasuk tajaan yuran penyertaan Low Carbon City Challenge 2030 melalui peruntukan pembangunan teknologi hijau di bawah jawatankuasa portfolio saya.

“"Terdahulu, setiap PBT di Kelantan diperuntukkan RM5,000 bagi menyertai cabaran ini. Sekali gus membuka ruang kepada geran RM250,000 bagi setiap PBT dalam pembangunan LCC melalui KASA sebelum ini," jelasnya ketika dihubungi, hari ini.

Harapan beliau kejayaan MDTM itu menjadi perangsang kepada PBT lain agar menyahut saranan Kerajaan Negeri untuk menjadikan bandar utama di Kelantan bebas karbon juga.

Yang DiPertua MDTM, Mohammad Yusoff Hassan mewakili MDTM menerima anugerah tersebut di Shah Alam, Selangor, Isnin lalu. – UPKN

Sumber : Harakah Daily

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC