Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
PBT disaran tetapkan hala tuju konsep bandar rendah karbon

SHAH ALAM: Pihak berkuasa tempatan (PBT) menyarankan menetapkan hala tuju dan pendekatan masing-masing yang bersesuaian dengan konsep bandar rendah karbon menyumbang kepada pengurangan kesan perubahan iklim di negara ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata saranan itu juga adalah untuk mencapai sasaran pengurangan gas rumah kaca berdasarkan Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (NLCCM) yang dilancarkan pada 2021.

NLCCM adalah panduan lengkap kepada kerajaan negeri dan PBT dalam membangunkan bandar rendah karbon di kawasan masing-masing.

“Perancangan dan pembangunan bandar yang mampan dan transformasi kepada bandar rendah karbon dapat membangunkan ekonomi hijau tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan selain menarik pelaburan domestik dan antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Nik Nazmi, Datuk Seri Huang Tiong Sii; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Rosli Isa; dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology dan Climate Change Corporation (MGTC), Shamsul Bahar Mohd Nor.

Nik Nazmi berkata, pihaknya juga akan mengadakan sesi libat urus bersama kerajaan negeri dan PBT mengikut zon pada tahun ini bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan NLCCM.

Katanya, ia selaras dengan sasaran kementerian itu untuk mewujudkan 200 zon rendah karbon dan 1,000 rakan kongsi Rendah Karbon di seluruh negara menjelang 2030.

Terdahulu, penerima anugerah terdiri daripada badan kerajaan dan organisasi swasta dalam pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) menerusi program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (Low Carbon Cities 2030 Challenge – LCC2030C).

Anugerah Khas dimenangi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang menerima Anugerah PBT Paling Aktif, manakala Anugerah Pengurangan Karbon Terbanyak dimenangi oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

Nik Nazmi (dua dari kiri) diiringi Shamsul Bahar (kiri) menyampaikan Anugerah Khas PBT Paling Aktif kepada MBSA pada Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022 di Shah Alam. – Foto NSTP/FAIZ ANUAR

Sumber : Berita Harian

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC