Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Selangor kutip RM6.4 juta menerusi caj beg plastik
Loy Sian (tengah) menyempurnakan Majlis Pelancaran Komuniti Bebas Plastik Sekali Guna Shah Alam sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam ke-22 di Vista Alam, Seksyen 14 pada Khamis.
Loy Sian (tengah) menyempurnakan Majlis Pelancaran Komuniti Bebas Plastik Sekali Guna Shah Alam sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam ke-22 di Vista Alam, Seksyen 14 pada Khamis.

SHAH ALAM – Sebanyak RM6.4 juta dipetik daripada orang ramai menerusi caj 20 sen bagi setiap beg plastik di Selangor pada tahun lalu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, jumlah itu meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya, namun pihaknya menjangkakan berlaku penurunan kutipan pada masa akan datang.

Menurutnya, jangkaan itu selaras dengan tujuan kempen berkenaan dilaksanakan iaitu mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kalangan peniaga dan pengguna di negeri berkenaan.

“Statistik itu memang kita pantas dan memang kita jangka ada penurunan namun meningkat sedikit kerana ada premis baru mendaftar (dalam kempen) pada 2021 maka kutipannya meningkat.

“Jadi ini bukan kerana kutipan itu meningkat, sebenarnya ia akan menjejaskan kesedaran dan sepatutnya kutipan menurun, baru kita nampak tujuan kutipan itu dibuat,” katanya kepada Sinar Harian.

Loy Sian ditemui pada Majlis Pelancaran Komuniti Bebas Plastik Sekali Guna Shah Alam sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam ke-22 di Vista Alam, Seksyen 14 di sini pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan; Ketua Projek CAP-SEA Asia Tenggara, Christoffer Brick dan Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor melaksanakan Kempen Bebas Beg Plastik dan Polistirena bermula 1 Januari 2017 dan penguatkuasaan dilaksanakan setiap hari di premis perniagaan di seluruh negeri itu.

Pelaksanaannya melibatkan beg plastik pakai buang yang tidak lagi dibekalkan kepada pengguna secara percuma, sebaliknya bayaran dikenakan bagi setiap beg plastik yang ingin digunakan.

Selaras dengan pelaksanaan kempen itu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menambah syarat-syarat semasa permohonan lesen perniagaan yang mana beg plastik tidak lagi dibekalkan secara percuma, manakala penggunaan polistirena dilarang sama sekali.

Dalam pada itu, Loy Sian menerima kutipan menerusi caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikutip pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri itu akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan alam sekitar.

“Kita akan melaksanakan program kesedaran menerusi banyak program seperti menanam pokok, memasang panel solar dan melaksanakan projek agroponik ke arah kelestarian alam sekitar,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC