Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Ipoh, Kuah, Semenyih, PD paling banyak carian dalam Airbnb
Ketua Dasar Awam Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Mich Goh,
Ketua Dasar Awam Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Mich Goh

KUALA LUMPUR: Data Airbnb baharu mendedahkan bahawa Ipoh, Kuah, Semenyih dan Port Dickson muncul sebagai destinasi yang paling banyak dicari menerusi platform Airbnb untuk penginapan jangka lebih panjang iaitu menginap lebih lama daripada 28 hari, di luar hab metropolitan utama di Malaysia pada suku kedua tahun ini (Q2 2022).

Laporan terbaru Airbnb, ‘Further Afield: Spreading the Benefits of the Travel Revolution’, itu menyatakan di seluruh Asia Pasifik, tempahan untuk bermalam di kawasan luar bandar juga telah meningkat.

“Khususnya di Malaysia, carian di Airbnb untuk Marang, Terengganu meningkat hampir dua kali ganda pada Q2 2022, meningkat daripada Q2 2019 pra-pandemik,” kata laporan itu.

Ketua Dasar Awam Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Mich Goh, berkata selepas jumlah perjalanan terus berkembang ekoran pembukaan semula ekonomi, manfaat daripada sektor pelancongan merebak ke seluruh rantau Asia Pasifik.

Katanya, kebangkitan semula sektor pelancongan domestik telah memperkasakan punca pendapatan penduduk tempatan untuk mencari rezeki dan memenuhi keperluan hidup.

“Dengan orang ramai yang terus menerima pendekatan atau norma baharu yang fleksibel untuk melancong dan hidup, komuniti yang secara tradisinya terlepas peluang pada masa lalu kini berada pada kedudukan yang baik untuk mendapatkan bahagian yang lebih besar daripada sektor pelancongan.

“Lebih daripada dua tahun sejak permulaan pandemik, kami terus melihat perubahan asas dalam perjalanan yang mana mewujudkan peluang baharu untuk komuniti yang sebelum ini agak ketinggalan.

“Amat mengasyikkan untuk melihat pengembara begitu bersemangat untuk menerokai destinasi baharu, serta impak ekonomi positif yang mengalir kepada penduduk tempatan,” katanya.

Selain menggalakkan pengembara untuk meneroka lebih jauh melalui alat carian yang inovatif seperti Kategori dan Saya Fleksibel, Airbnb kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dan komuniti di Asia Tenggara.

Syarikat itu baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) untuk bersama-sama memacu agenda pertumbuhan hijau negara melalui beberapa siri inisiatif, termasuk program pendidikan yang berkaitan dengan amalan hospitaliti mampan dan tabiat perjalanan.

Sumber : Berita Harian

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

KLSS 2026 Rates

Pricing Options

Early Bird available until 31st May 2026

Price does not include SST.

 Early Bird Rates

Standard
RM1,485
Government / Academic
RM1,215

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650
Government / Academic
RM1,350

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350
Government / Academic (per person)
RM1,000

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC