Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Kasa akan terus menanam pokok bakau di kawasan pantai bagi melindungi alam sekitar

NIBONG TEBAL: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan meneruskan program penanaman pokok bakau dan spesies yang sesuai di kawasan pantai negara yang merangkumi aktiviti memulihara dan memelihara hutan bakau.

Timbalan Menterinya Datuk Mansor Othman berkata ia selaras dengan hasrat dan usaha kementerian untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar terutama dalam kalangan generasi muda kerana merekalah yang akan terus menjaga alam sekitar.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kelab Belia Prihatin dan para belia dari seluruh negara yang telah tampil bersama dalam program menanam 500 pokok bakau di kawasan Sungai Acheh hari ini.

“Inisiatif murni sebegini adalah selaras dengan aspirasi KASA, saya menyeru golongan belia untuk terus memainkan peranan penting dalam memastikan pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar demi masa depan generasi akan datang,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas program yang diadakan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 anjuran Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) dan Kelab Belia Prihatin Malaysia di Pusat Pendidikan Hutan Bakau Sungai Acheh, di sini.

Kira-kira 235 belia di seluruh Malaysia termasuk pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dan komuniti nelayan tempatan menyertai program itu.

Mansor, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, berkata inisiatif itu juga selari dengan tema Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini iaitu Hanya Satu Bumi, sambil menambah ia juga merupakan langkah penting dalam menyebarkan kepentingan, faedah dan keunikan ekosistem bakau Malaysia yang berfungsi sebagai penghalang semula jadi kepada hakisan pantai dan bertindak sebagai antara agen penyerap karbon paling cekap.

Beliau berkata penglibatan secara langsung masyarakat khususnya golongan belia dalam inisiatif seumpama itu boleh meningkatkan kesan kempen kesedaran terhadap perubahan iklim dan pemanasan global.

Menurutnya, sebanyak 180,000 pokok bakau telah ditanam di kawasan Pusat Pendidikan Hutan Bakau Sungai Acheh sejak 20 tahun lalu oleh pelbagai pihak termasuk komuniti nelayan di situ.

“Pokok bakau bukan sahaja melindungi kawasan pantai daripada hakisan tetapi juga menyediakan habitat pembiakan spesies ikan, ketam dan udang yang boleh membantu meningkatkan stok ikan tempatan,” katanya. — Bernama

Sumber : Harian Matahari

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC