Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Program mobiliti aktif menggalakkan gaya hidup sihat

KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) melalui agensinya Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) baru-baru ini menganjurkan Mobiliti Aktif bersama MGTC, acara berbasikal untuk menggalakkan penduduk bandar mengamalkan gaya hidup mobiliti aktif.

Dilancarkan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr Zaini Ujang (gambar), acara sejauh lapan kilometer itu dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan telah menarik lebih 100 peserta.

Diadakan di Dataran DBKL, program itu merupakan inisiatif hijau untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk tempatan melalui aktiviti sukan rekreasi, seni dan kebudayaan selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan karbon dan penggunaan bahan api fosil.

Zaini ketika ditemui media berkata, kerajaan menerusi Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Nasional (NLCCM) berhasrat memastikan bandar-bandar di negara ini dapat mengurangkan pelepasan karbon yang menjadi salah satu punca pemanasan global.

“"Menjelang 2030, semua kenderaan kerajaan, termasuk kementerian akan menggunakan kenderaan bukan berasaskan bahan api fosil. Ini adalah komitmen kami untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau," katanya.

Zaini menambah, kerajaan juga akan membina denai sungai sepanjang 10,000 km di sepanjang sungai-sungai utama bukan sahaja untuk membolehkan air mengalir ke hilir malah berfungsi sebagai produk ekopelancongan serta kawasan rekreasi orang ramai.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata DBKL akan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna jalan raya yang menyalahgunakan lorong biru di sekitar ibu negara yang dikhususkan untuk penunggang basikal, sambil menambah terdapat kira-kira 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekitar ibu negara bagi memantau kesalahan itu.

Mahadi berkata kemudahan lorong basikal biru itu akan diperluaskan ke kawasan lain seperti Brickfields, Wangsa Maju, Jalan Duta, Ampang dan Titiwangsa sebagai inisiatif menggalakkan orang ramai menggunakan basikal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

-Bernama

Sumber : Harian Matahari

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC