Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Siap sedia peralihan sosio-ekonomi pasca pandemik – PM Muhyiddin
Bertemakan “Redefining Sustainability”, Muhyiddin menegaskan semua pihak perlu mencari jalan untuk menyeimbangkan kesejahteraan ekonomi dan sosial dan dalam masa sama, memelihara alam sekitar. – Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya pihak yang terlibat dalam sektor perindustrian dan perniagaan bersiap sedia untuk peralihan sosio-ekonomi selepas pandemik.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkembangan positif itu muncul selepas kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi dan melaksanakan pelbagai polisi serta pelan pemulihan bagi mengurangkan kesan pandemik COVID-19.

Tambahnya, beliau optimis ekonomi negara dapat dibina semula secara berperingkat sekali gus membina masa depan yang lebih baik bersama.

“Perubahan yang tidak disangka dan cepat kerana pandemi memaksa kita untuk mengubah aspek kelestarian alam yang banyak mempengaruhi kehidupan kita.

“Dalam kita menghadapi pandemik ini, saya ingin menyatakan bahawa kita tidak boleh melupakan cabaran dan perkara yang boleh timbul akibat perubahan iklim.

“Perubahan tersebut boleh memberi kesan dan ancaman jangka masa panjang terhadap kesejahteraan sosial, pembangunan ekonomi dan kesihatan global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Product Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2021 secara dalam talian pada Khamis.

Bertemakan “Mentakrifkan semula Kemampanan“, Muhyiddin menegaskan semua pihak perlu mencari jalan untuk menyeimbangkan kesejahteraan ekonomi dan sosial serta dalam masa sama, memelihara alam sekitar.

Justeru, beliau percaya IGEM mampu menjadi pemangkin untuk merealisasikan matlamat tersebut.wa

Mentakrifkan semula Kemampanan memberi peluang kepada kerajaan untuk menilai kembali strateginya dalam menghidupkan kembali ekonomi, memelihara alam sekitar dan membawa kestabilan sosial kepada cabaran iklim masa kini.

“Dengan munculnya industri hijau yang memerlukan inovasi baru, produk dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan pengguna, tema ini juga boleh diterjemahkan kepada peluang dan pasaran baru.

“Justeru, pemain industri perlu melihat usaha ini menyeluruh dan melihat kepada nilainya,” katanya.

Sumber : Astro Awani

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest

KLSS 2026 Rates

Pricing Options

Early Bird available until 31st May 2026

Price does not include SST.

 Early Bird Rates

Standard
RM1,485
Government / Academic
RM1,215

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650
Government / Academic
RM1,350

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350
Government / Academic (per person)
RM1,000

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC