Our Story

mgtc-logo-line (1)
Alliance Bank, AQ Energy perluas penyelesaian solar, bateri untuk PKS
DARI kiri, Board Member MGTC, Ismail Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif AQ Energy, Hatim Salleh, Ketua Pegawai Kelestarian Alliance Bank Malaysia Berhad, Roy Heong dan Board Member MGTC, Datuk Leong Kin Mun.
DARI kiri, Board Member MGTC, Ismail Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif AQ Energy, Hatim Salleh, Ketua Pegawai Kelestarian Alliance Bank Malaysia Berhad, Roy Heong dan Board Member MGTC, Datuk Leong Kin Mun.

PETALING JAYA: Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan AQ Energy untuk memperluas penyelesaian tenaga solar dan sistem simpanan bateri (BESS) kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Mou tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menyokong peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.

Menurut Alliance Bank dalam kenyataan, kerjasama ini mensasarkan pembangunan projek solar dan BESS bersepadu dengan kapasiti sehingga 30MW dan nilai projek sehingga RM100 juta.

“Sistem BESS membolehkan perniagaan menyimpan tenaga solar berlebihan pada siang hari untuk digunakan pada waktu malam, serta membantu menguruskan permintaan elektrik puncak semasa operasi,” katanya.

Ketua Pegawai Kelestarian Alliance Bank, Roy Heong berkata, kerjasama ini sebahagian daripada Sustainability Impact Programme (SIP) yang menyokong pelanggan dalam perjalanan transformasi tenaga melalui pembiayaan dan penyelesaian bukan kewangan.

“Dengan bekerjasama bersama AQ Energy, kami bukan sahaja menyediakan modal tetapi juga kepakaran teknikal untuk melaksanakan projek tenaga boleh diperbaharui yang memberi impak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AQ Energy, Hatim Salleh berkata, pihaknya berbesar hati bekerjasama dengan Alliance Bank untuk meningkatkan akses penyelesaian Solar PV dan Bateri kepada pelanggan kediaman, komersial dan industri.

“Kerjasama ini membolehkan pelanggan mengguna teknologi untuk meningkatkan kecekapan kos sambil menyokong matlamat National Energy Transition Roadmap (NETR) mencapai 70 peratus campuran tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050,” katanya.

Kerjasama ini turut merangkumi pengenalpastian projek, nasihat ESG dan usaha membina kapasiti bagi mempromosikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. – UTUSAN

Sumber: Utusan

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC