Our Story

mgtc-logo-line (1)
Jana Lebih RM1.5B Potensi Pelaburan
PENYERTAAN Malaysia di Ekspo 2025 Osaka mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan antarabangsa, pemimpin industri dan masyarakat sivil, sekali gus menjadikan Pavilion sebagai pusat dialog, pelaburan dan kerjasama.
PENYERTAAN Malaysia di Ekspo 2025 Osaka mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan antarabangsa, pemimpin industri dan masyarakat sivil, sekali gus menjadikan Pavilion sebagai pusat dialog, pelaburan dan kerjasama.

Kuala Lumpur: Malaysia menjana lebih RM1.5 bilion potensi perdagangan dan pelaburan sepanjang minggu ke-22 Ekspo 2025 Osaka yang berlangsung dari 8 hingga 14 September, 2025, menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Dalam satu kenyataan semalam, kementerian itu berkata, usaha ini diterajui bersama oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan NRES, dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) sebagai agensi pelaksana.

“Jumlah itu dijana melalui 68 mesyuarat perniagaan antara syarikat-syarikat Malaysia yang mengambil bahagian dengan organisasi dan entiti perniagaan dalam sektor tenaga, air dan teknologi hijau dari pelbagai negara.

“Ini termasuk RM38.74 juta yang dijana melalui pemeteraian memorandum kerjasama, memorandum persefahaman dan memorandum perjanjian,” katanya.

Ia berkata, angka berkenaan dijangka terus meningkat kerana beberapa syarikat masih belum mendedahkan potensi kerjasama mereka pada ketika ini.

Kementerian itu berkata, penyertaan Malaysia pada minggu ke-22 dalam ekspo itu menekankan komitmennya terhadap pengurusan alam sekitar yang bertanggungjawab, pemuliharaan biodiversiti, penjanaan dan penggunaan tenaga bersih serta boleh baharu dan pengurusan sumber air.

“Ia mengukuhkan lagi aspirasi Malaysia MADANI dengan mempamerkan kemajuan Malaysia dalam pembangunan mampan melalui pameran bertema di samping sesi perkongsian maklumat yang padat yang disampaikan oleh wakil-wakil syarikat dan pegawai kementerian.

“Sepanjang minggu itu, Pavilion Malaysia menonjolkan visi berani negara ke arah masa depan rendah karbon dan berdaya tahan iklim, sekali gus mempamerkan kepimpinan dalam peralihan tenaga, transformasi air dan teknologi hijau,” katanya.

NRES berkata, minggu berkenaan menampilkan forum perniagaan yang berprofil tinggi, pameran teknologi, pemadanan perniagaan dan sesi perkongsian ilmu yang mengukuhkan peranan Malaysia sebagai rakan kongsi global dalam memacu kemampanan dan inovasi.

Katanya, penyertaan Malaysia di Ekspo 2025 Osaka mengukuhkan hubungan dengan pihak-pihak berkepentingan antarabangsa, pemimpin industri dan masyarakat sivil, sekali gus menjadikan Pavilion sebagai pusat dialog, pelaburan dan kerjasama.

Sumber: Harian Metro

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC