Our Story

mgtc-logo-line (1)
Emine Erdogan luang masa sejam lawat Taman Botani Perdana

WANITA Pertama Türkiye Emine Erdoğan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana di sini hari ini.

Ketibaan beliau disambut oleh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Beliau kemudian di bawa melawat ke reruai
yang mempamerkan Pengurusan Sisa Sifar Kuala Lumpur oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Renergy Bumi Hijau dan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), Berjaya Enviroparks Sdn Bhd, Green Unity Ventures, Persatuan Sosioekonomi dan Alam Sekitar (PERSEAS) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Sebagai seorang penyokong terulung dunia untuk kelestarian alam sekitar, Emine turut menanam pokok Merbau (Intsia palembanica, Leguminosae) di kawasan taman.

Maimunah, dalam ucapan alu-aluannya, berkata lawatan Emine menggariskan hubungan yang mendalam dan berkekalan antara Türkiye dan Malaysia, khususnya dalam komitmen bersama untuk masa depan yang lebih hijau, bersih dan bandar.

Emine dan Wan Azizah kemudian menyaksikan pemeteraian surat pertukaran (LOE) antara Yayasan Sisa Sifar dari Türkiye dan DBKL, serta antara Yayasan Sisa Sifar dan MGTC.

Surat-surat itu ditandatangani oleh presiden Yayasan Sisa Sifar Samed Agirbas, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Pengerusi Lembaga Pengarah MGTC Shareen Shariza Abdul Ghani.

Kerjasama itu bertujuan untuk mewujudkan rangka kerja usaha sama dalam amalan sifar sisa, pengurangan dan kitar semula sisa, pembinaan kapasiti, pemindahan teknologi, dan pertukaran amalan terbaik dalam kelestarian alam sekitar. – WILAYAHKU

Sumber: WilayahKu

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC