Our Story

mgtc-logo-line (1)
Anugerah GPM Malaysia 2024 iktiraf 600 pemenang
Anugerah Kelestarian GPM Malaysia mengiktiraf projek cemerlang sejajar dengan Rangka Kerja P5 iaitu memupuk pengetahuan, kemahiran, dan tindakan transformatif dalam komuniti.
Anugerah Kelestarian GPM Malaysia mengiktiraf projek cemerlang sejajar dengan Rangka Kerja P5 iaitu memupuk pengetahuan, kemahiran, dan tindakan transformatif dalam komuniti.

KUALA LUMPUR – Anugerah Kelestarian Pengurusan Projek Hijau (GPM) Malaysia 2024 memilih seramai 600 pemenang pelbagai kategori yang berjaya membangunkan projek khas bertemakan kemampanan di negara ini.

Penganjur yang Presiden Persatuan Rangkaian Perniagaan Mampan Malaysia (SustNET), Jamaludin Hussain berkata, kesemua penerima anugerah telah menonjolkan kecemerlangan melalui projek khas mewakili organisasi masing-masing tidak kira industri, sekolah mahupun institusi pendidikan tinggi (IPT).

Beliau berkata, penganjuran tahun keenam itu membuktikan komitmen berterusan pihaknya memacu perubahan positif dalam konteks kemampanan kepada masyarakat dan negara di mana ia bukan sekadar usaha bersendirian.

“Seramai 1,500 pelajar dan tenaga pengajar dari sekolah rendah, menengah mahu pun IPT menyertai program ini bagi membangunkan kemahiran berfikir secara kritis, menyampaikan kesedaran tentang alam sekitar serta menyahut seruan kelestarian.

“Bukan itu sahaja, lebih 500 pengusaha sektor kecil dan sederhana (SME) mengamalkan prinsip kemampanan dalam usaha mengurangkan impak kepada alam sekitar serta meningkatkan daya tahan ekonomi.

“SustNET akan sentiasa memainkan peranan penting dalam membawa arus positif kepada semua di samping mengintegrasikan Kerangka 5P iaitu ‘product’, ‘process’, ‘people’, ‘planet’, dan ‘prosperity’ dalam amalan kemampanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah GPM Malaysia 2024 di di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Antah Healthcare, Tunku Datuk Mohamed Alauddin Tunku Naquiyuddin; Pengerusi Anugerah Kelestarian GPM 2024, Ir Ts Hisham Yahaya; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC), Ts Shamsul Bahar Mohd Nor dan Setiausaha Agung SustNET, Ts Dr Norsaidatul Akmar Mazelan.

Pemenang pelbagai kategori dirai berikutan berjaya membangunkan projek khas bertemakan kemampanan sempena Anugerah Kelestarian Pengurusan Projek Hijau (GPM) Malaysia 2024.

Antara kategori yang disediakan selari Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-SDG) adalah anugerah ‘Project of The Year’, ‘Project Excellence’, ‘Sustainability Leadership’ dan ‘Fundamental’

Seramai 100 wakil daripada agensi kerajaan selain MGTC turut hadir misalnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta jabatan-jabatan negeri.

Mengulas lanjut, Jamaludin menambah, sejak penubuhannya pada 2015, Anugerah Kelestarian GPM Malaysia mengiktiraf pelbagai projek cemerlang sejajar dengan Rangka Kerja P5 iaitu memupuk pengetahuan, kemahiran dan tindakan transformatif dalam komuniti.

Kata beliau, ia bagi mengiktiraf mereka yang menunjukkan inovasi yang luar biasa dan komitmen yang mendalam terhadap tanggungjawab alam sekitar dan sosial.

“Panel penilai anugerah terdiri mereka yang bertauliah antara Pengurus Projek Hijau yang berkelayakan, Penilai dan Perunding yang berdaftar dengan GPM Global bagi meneliti setiap permohonan.

“Justeru, anugerah yang diiktiraf oleh GPM Global ini sejajar dengan anugerah antarabangsa berprestij lain di mana Malaysia boleh bangga dan berdiri megah sebagai negara perintis dalam pemanduan anugerah ini sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam kemampanan,” katanya. – MalaysiaGazette

Sumber: Malaysia Gazette

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC