Our Story

mgtc-logo-line (1)
MGTC, UNIDO Sasar Percepat Guna Pakai Motosikal Elektrik, Lancar Projek Teknologi Pertukaran Bateri

BANGI, 9 Dis (Bernama) — Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO) hari ini melancarkan projek perdana untuk mengkaji potensi sistem pertukaran bateri motosikal elektrik di Malaysia.

Dibiayai oleh Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF), inisiatif itu menyasarkan untuk mempercepat penggunaan motosikal elektrik di seluruh negara.

Projek tersebut sebahagian daripada inisiatif Mempercepat Penggunaan dan Peningkatan Pengangkutan Pintar Iklim (AASCT) UNIDO GEF-7.

Ia menampilkan 40 motosikal elektrik daripada Blueshark dan RydeEV disokong oleh 29 stesen pertukaran bateri di Lembah Klang.

Penunggang yang menyertai projek itu daripada SPX Express, Zalora, Foodpanda, iONS Technology dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menjalankan percubaan sistem berkenaan bermula Disember ini hingga Januari 2025.

Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan MGTC Shamsul Bahar Mohd Nor berkata sistem itu akan membolehkan penunggang menukar bateri dalam beberapa minit sekali gus menangani cabaran seperti kebimbangan julat dan masa henti mengecas di samping menawarkan model pajakan dan langganan yang kos efektif.

Beliau berkata walaupun teknologi pertukaran bateri mempunyai potensi besar namun kebolehlaksanaannya di Malaysia perlu dikaji susulan beberapa cabaran yang dihadapi dalam penggunaannya.

“Penerimaan penunggang kekal sebagai halangan signifikan memandangkan ramai mengutamakan prestasi dan terbiasa dengan motosikal konvensional. Selain itu, liputan stesen yang terhad, kekurangan bateri standard serta kos infrastruktur awal yang tinggi, boleh menjadi halangan untuk memperluas atau mengembangkan sistem ini.

“Mengatasi cabaran-cabaran ini penting bagi merealisasikan potensi sebenar teknologi ini. Sehubungan itu, kami mencipta demonstrasi ini bagi mengakses daya maju, kelebihan dan kesukaran beralih kepada motosikal elektrik di Malaysia, ” katanya pada pelancaran projek berkenaan di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam Sekitar) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengetengahkan kepentingan penyelesaian mobiliti hijau inovatif dalam merealisasikan komitmen iklim Malaysia.

“Ia merangkumi suatu masa depan di mana inovasi mengiringi kepada visi bersama untuk Malaysia yang lebih hijau dan mencapai aspirasi karbon sifar bersih, ” katanya.

Nor Yahati berkata Malaysia berpegang teguh dengan komitmennya untuk menangani perubahan iklim dan mencapai pengeluaran gas rumah hijau sifar yang disasarkan menjelang 2050, seperti digariskan dalam Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).

“Statistik membuktikan perkara ini, pengangkutan menyumbang lebih 20 peratus daripada keseluruhan pelepasan gas rumah hijau Malaysia dan motosikal merupakan sebahagian besar daripada populasi kenderaan kita, dengan hampir 8.5 juta unit aktif setakat 2023.

“Peralihan kepada motosikal elektrik bukan lagi pilihan, tetapi suatu keperluan jika kita mahu mencapai matlamat NETR, ” katanya. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC