Our Story

mgtc-logo-line (1)
Belanjawan Pahang 2025 : Kerajaan Pahang Peruntuk RM2 Juta Lestari Biodiversiti Negeri
Kerajaan Pahang memperuntukkan RM2 juta bagi tujuan kelestarian biodiversiti di negeri Pahang membabitkan beberapa projek. - Gambar hiasan
Kerajaan Pahang memperuntukkan RM2 juta bagi tujuan kelestarian biodiversiti di negeri Pahang membabitkan beberapa projek. – Gambar hiasan

KUANTAN, 29 NOVEMBER 2024 : Kerajaan Pahang memperuntukkan RM2 juta bagi tujuan kelestarian biodiversiti di negeri Pahang membabitkan beberapa projek antaranya Projek Penilaian Biodiversiti Rizab Harimau Al-Sultan Abdullah, Kajian Kepelbagaian Biologi Tasek Bera, Program Saintifik Kepelbagaian Biologi dan Genetik serta Projek Pembangunan Pusat Pangkalan Data Sumber Biodiversiti.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi memastikan kelestarian hutan dilindungi, sejumlah RM2.5 juta turut diperuntukkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi melaksanakan empat inisiatif untuk melestarikan alam sekitar di Pahang.

“Antaranya ialah Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan Program CEPA (Communication, Education and Public Awareness), pewartaan Hutan Simpan Kekal Baharu, Geran Penyelidikan dan Program Buyback Guarantee Tapak Semaian Orang Asli Negeri Pahang.

“Di samping itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan RM500,000 bagi Penyediaan Dosir Pencalonan Rizab Biosfera Mossy Forest, Cameron Highlands.

“Malah, RM450,000 diperuntukkan bagi penyertaan ke UN Climate Change Conference (UNFCCC COP30) dan International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025 pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kerajaan Negeri juga komited dalam memberi tumpuan kepada pembangunan bandar terancang dan dilaksanakan secara teratur ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi khususnya dengan berpandukan kepada Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas.

“Selaras dengan keperluan pembangunan masa kini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM245,000 bagi tujuan penyediaan tiga Rancangan Tempatan Daerah melibatkan Daerah Rompin, Lipis dan Jerantut,” katanya.

Di samping itu, Kerajaan Negeri juga bersetuju memperuntukkan RM1.1 juta bagi mewujudkan Blueprint Bandar Pintar Negeri Pahang, Kajian Pengangkutan Awam Daerah Kuantan dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanjung Batu – Nenasi, Pekan. -PAHANGMEDIA

Sumber: Pahang Media

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC