Our Story

mgtc-logo-line (1)
Lawatan JKPK ASSP ke MGTC perkukuh pembangunan mampan
Lawatan JKPK ASSP ke MGTC perkukuh pembangunan mampan

KUALA TERENGGANU: Delegasi Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan (JKPK ASSP) telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dalam usaha memperkukuhkan pembangunan mampan di Malaysia.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, lawatan itu bertujuan untuk mendalami peranan MGTC dalam mempromosikan teknologi hijau dan menangani isu perubahan iklim di Malaysia.

“Program dimulakan dengan ucapan oleh saya selaku Pengerusi JKPK ASSP, diikuti dengan taklimat komprehensif oleh CEO MGTC mengenai pelbagai inisiatif hijau yang sedang dilaksanakan.

“Melalui sesi ini, banyak perkara baru yang dipelajari, terutamanya mengenai usaha MGTC dalam memacu negara ke arah ekonomi rendah karbon dan kelestarian alam sekitar,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Lawatan itu turut disertai oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Amzad juga berharap agar lawatan itu dapat membuka peluang kepada kerjasama yang lebih erat antara kerajaan dan sektor swasta dalam mencapai matlamat pembangunan mampan untuk Malaysia.

Terdahulu, MGTC di bawah pimpinan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ir. Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor, terus komited dalam menggerakkan agenda tenaga lestari dan mobiliti hijau negara.

Bahar menegaskan bahawa visi MGTC adalah untuk menjadi rakan kongsi utama dalam pertumbuhan hijau dan tindakan iklim, melalui perancangan inisiatif dan program rendah karbon yang sejajar dengan matlamat Malaysia untuk mencapai status Negara Pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) Bersih Sifar menjelang tahun 2050. – HARAKAHDAILY 22/8/2024

Sumber: Harakah Daily

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC