Our Story

mgtc-logo-line (1)
PAAB salur dana RM97,500 naik taraf fasiliti air di masjid
Zulkiflee (dua dari kanan) menyampaikan mokap cek sumbangan Kempen Masjid Hijau kepada wakil Masjid Kariah Kampung Jimah Lama.
Zulkiflee (dua dari kanan) menyampaikan mokap cek sumbangan Kempen Masjid Hijau kepada wakil Masjid Kariah Kampung Jimah Lama.

PORT DICKSON – Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan telah memperuntukkan lebih RM97,500 bagi menaik taraf fasiliti air di sembilan buah masjid dan surau di tiga negeri sejak tahun 2022.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan dengan kerjasama Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation(MGTC) itu diadakan menerusi Kempen Masjid Hijau PAAB 2024.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Zulkiflee Omar berkata, tujuan program CSR itu diadakan sebagai salah satu usaha pihaknya menjadikan masjid sebagai pemangkin kepada agenda kelestarian alam.

“Tahun ini, Masjid Kariah Kampung Jimah Lama terpilih kerana ia terletak dalam jajaran projek PAAB iaitu kerja-kerja berkaitan di pintu sungai Loji Rawatan Air Sungai Linggi, Mukim Rantau.

“Ia adalah kesinambungan daripada Kempen Masjid Hijau yang telah kami laksanakan di empat masjid di Melaka pada tahun 2022 dan tiga masjid termasuk surau di Kelantan pada tahun 2023,” katanya ditemui pemberita selepas program Kempen Masjid Hijau PAAB 2024 di Masjid Kariah Kampung Jimah Lama di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor.

Menurutnya, bagi program di Masjid Kariah Kampung Jimah Lama, pihaknya telah memperuntukkan RM12,500 dan pada masa sama turut memberi sumbangan tunai RM5,000.

Jelasnya, ia melibatkan pemasangan pili cekap air, sistem pengumpulan air hujan (SPAH) dan pemasangan sistem agihan dan tekanan yang melibatkan keseluruhan peruntukan RM12,500.

“Penukaran pili telah pun siap, tapi sistem SPAH dan pemasangan sistem agihan dan tekanan masih dalam proses pemasangan dan dijangka siap dalam waktu terdekat.

“Bagi meningkatkan tekanan air yang didapati agak lemah di beberapa tempat mengambil wuduk, sistem agihan dan pam turut dipasang,” katanya.

Tambahnya, kesemua kerja-kerja penambahbaikan fasiliti air yang dilaksanakan diselia oleh MGTC.

Dalam pada itu katanya, kempen dan amalan bertujuan membantu kelestarian alam sekitar perlu dijalankan secara berterusan dan bukannya di satu-satu tempat saja.

Malah katanya, kesedaran amalan hijau perlu diterapkan sehingga sebati dalam kalangan masyarakat.

“Pemilihan masjid bagi menjayakan kempen ini adalah tepat kerana ia merupakan nadi kepada sesebuah kariah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC