Our Story

mgtc-logo-line (1)
MITI cadang ‘One-Time Subsidy’ untuk pemilikan EV

Kuala Lumpur: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah mengemukakan cadangan ‘One-Time Subsidy’ untuk pemilikan kenderaan elektrik (EV) bagi menggalakkan perkembangan industri itu di negara ini.

Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC).

“Diperhatikan pemberian ‘One-Time Subsidy’ ini dapat menggalakkan rakyat beralih daripada menggunakan kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) kepada EV dan seterusnya membantu negara mengurangkan subsidi petrol untuk jangka masa panjang.

“Cadangan ini sedang diperhalusi oleh MoF,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Liew menjawab soalan tambahan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang ingin tahu sama ada galakan disediakan untuk menarik minat golongan M40 yang berkemampuan memiliki EV pada masa akan datang.

Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 yang diumumkan kerajaan pada 2020 menggariskan sasaran 10,000 pengecas EV menjelang 2025 iaitu 9,000 unit adalah pengecas AC (arus ulang-alik) dan 1,000 unit pengecas DC (arus terus).

Pada 2023, jumlah jualan tahunan BEV baharu dalam negara telah meningkat lebih 400 peratus iaitu sebanyak 13,257 unit berbanding jumlah jualan tahunan sebanyak 3,127 unit pada 2022.

Setakat 31 Dis 2023, sejumlah 2,020 unit pengecas telah dipasang di 750 lokasi di seluruh negara, iaitu 1,591 unit adalah jenis AC dan baki 429 unit, jenis DC.

Beliau berkata cadangan untuk mengkaji semula sasaran 10,000 unit pengecas EV juga telah dibangkitkan dalam Mesyuarat NEVSC Bil. 1/2024 selain MITI bersama agensi berkaitan, Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii) dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) sedang mengkaji dan memperhalusi kewajaran meningkatkan sasaran pengecas DC.

“Hasil penemuan kajian tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat NEVSC yang akan diadakan pada suku kedua tahun ini,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menyatukan bayaran perkhidmatan sistem pengecas EV dalam satu aplikasi, Liew berkata kerajaan memang berhasrat untuk mengadakan aplikasi dan menggabungkan semua aplikasi bagi pembayaran pengecas EV.

“Tetapi ia memerlukan kerjasama daripada pengendali pusat pengecasan (CPO) dan kerajaan dalam usaha untuk mengadakan perbincangan dengan pihak CPO bagi mewujudkan kebolehoperasian antara semua syarikat,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC