Our Story

mgtc-logo-line (1)
IGEM 2023: Platform Malaysia teraju inisiatif rendah karbon – Nik Nazmi
Nik Nazmi ketika ditemu bual Astro AWANI sempena Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023 yang bermula pada Rabu. - Foto NRECC
Nik Nazmi ketika ditemu bual Astro AWANI sempena Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023 yang bermula pada Rabu. – Foto NRECC

KUALA LUMPUR: Penganjuran Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023 dilihat tepat pada masanya seiring keperluan melakukan tindakan proaktif di sebalik cabaran iklim ketika ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata acara ini juga penting dan berkesan untuk menyatukan usaha Malaysia ke arah sasaran rendah karbon.

“Saya gembira melihat sambutan yang diterima daripada para pempamer, penceramah, perwakilan, atase perdagangan, pemimpin korporat dan pelawat perniagaan.

“Sambutan ini bukan sahaja mencerminkan populariti IGEM tetapi juga keperluan mendesak terhadap tindakan iklim,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada hari pertama IGEM 2023 yang membuka tirai secara rasmi pada Rabu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Acara perdagangan untuk teknologi hijau dan penyelesaian eko yang terkemuka di Asia Tenggara anjuran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) itu berlangsung selama tiga hari dan disertai syarikat-syarikat terkemuka yang memenuhi lebih 400 reruai pameran.

Edisi IGEM ke-14 pada tahun ini yang bertemakan “Usaha Ke Arah Rendah Karbon: Kepimpinan dalam Tindakan Iklim” menyasarkan peluang perniagaan bernilai RM4 bilion dan 40,000 orang pengunjung daripada lebih 40 buah negara.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, antara acara utama IGEM tahun ini ialah Persidangan dan Pameran AtoZero ASEAN yang diadakan secara serentak di lokasi sama.

Dikuasai oleh Gentari, AtoZero ASEAN mengumpulkan nama-nama penting dalam rantaian nilai karbon sifar bersih termasuk pembuat keputusan dan pembawa perubahan yang akan meneroka kaedah, dasar dan peluang perniagaan secara menyeluruh untuk memacu agenda peralihan karbon sifar bersih global.

“Untuk ASEAN menjadi faktor penentu dalam peralihan tenaga secara saksama, kita perlu berbincang dan mencapai kesepakatan dalam topik-topik penting dan isu-isu mendesak seperti kerjasama kesalinghubungan serantau, penyimpanan tenaga, penangkapan karbon, pembiayaan hijau, ekonomi hidrogen dan grid masa depan ASEAN.

“Ini menjadikan penyertaan AtoZero ASEAN di IGEM semakin penting untuk membolehkan kita memacu dialog kepimpinan, pelaburan dan inovasi dalam usaha ASEAN mencapai karbon sifar bersih,” katanya.

Acara ini menjadi satu kemestian bagi mereka yang terlibat dalam rantaian nilai pembangunan mampan apabila ia terbukti melalui rekod prestasi cemerlang seperti peluang perniagaan bernilai RM41 bilion dan lebih 530,000 orang pengunjung dari 112 buah negara sejak tahun 2010.

Ruang pameran disusun mengikut tema-tema Memperkasakan Bandar, Mobiliti Elektrik, Tenaga Kurang Karbon, Mempercepatkan Kitaran dan Memulihara Biodiversiti.

Syarikat-syarikat korporat terkemuka seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Leader EV Solutions Sdn Bhd, Samaiden Group Berhad, Solarvest Holdings Berhad dan Cenergi SEA Berhad hadir dengan reruai masing-masing yang hebat.

Antara peserta ternama pada pameran tahun ini ialah para perwakilan dari pelbagai negara, termasuk Austria, Kanada dan Sweden serta institusi kewangan terkemuka seperti UOB, Alliance Bank dan CIMB.

Pelbagai Perjanjian Persefahaman (MoU) akan ditandatangani antara pihak Malaysia dan antarabangsa semasa IGEM 2023 bagi mengukuhkan komitmen masing-masing terhadap ekonomi hijau serantau.

Persidangan turut membawakan sesi pemadanan perniagaan yang ditunggu-tunggu anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan MGTC.

Sumber: Astro Awani

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC