Our Story

mgtc-logo-line (1)
Pertemuan Anwar, Musk bincang pelaburan pelbagai sektor
Anwar dan Musk akan membincangkan kemungkinan komitmen Tesla untuk menambah pelaburan di Malaysia
Anwar dan Musk akan membincangkan kemungkinan komitmen Tesla untuk menambah pelaburan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Potensi kerjasama di antara Tesla dengan Malaysia tidak hanya terhad kepada sektor automotif dan kenderaan elektrik (EV) semata-mata, malah akan turut meliputi sektor lain, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk, dijadualkan pada minggu ini.

“Saya rasa kena tunggu dulu (butiran perbincangan) kerana saya tidak mahu mendahului perbincangan yang akan diadakan di antara Perdana Menteri dan Elon Musk, namun ini adalah satu perkembangan yang positif kerana kita tahu Tesla sudah memberi komitmen dan akan ada pelancaran pada 20 Julai ini.

“Yang kita mahu supaya potensi pelaburan dan komitmen pelaburan yang lebih tinggi dalam sektor automotif dan juga sektor-sektor lain yang dapat kita pasarkan dalam Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pra-pelancaran Pameran Mobiliti Elektrik Antarabangsa (IEMS) 2023 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), Shamsul Bahar Mohd Nor dan Pengerusi Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, Richard Teo.

Jumaat lalu, Anwar menyatakan akan bertemu dengan Musk minggu ini bagi meninjau cara syarikat kenderaan elektrik gergasi itu menambah pelaburan di Malaysia.

“Elon Musk meminta berunding dengan saya, untuk membincangkan kemungkinan komitmen beliau untuk menambah pelaburan di Malaysia, semua ini dengan bermulanya tata kelola dan pengurusan ekonomi yang baik,” katanya.

Tesla akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Julai ini, kira-kira empat bulan selepas mengumumkan untuk membuka sebuah ibu pejabat di negara ini.

Syarikat itu pada awal Mac lalu mengumumkan rancangan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.

Ini selepas MITI telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke Malaysia.

Sementara itu, Shamsul Bahar berkata, beliau berharap yang Tesla akan mengambil bahagian dalam IEMS 2023 akan datang, yang dijadualkan pada 4 hingga 6 Oktober ini.

Katanya, pihaknya menyasarkan untuk IEMS 2023 memperoleh RM4 bilion dalam prospek pelaburan utama teknologi hijau dan kemampanan, berbanding RM3 bilion yang diperoleh pada edisi tahun lalu.

Kira-kira 400 peserta pameran dari 40 negara seperti China, Jepun, Taiwan, Sweden, Austria dan Belanda, dijangka mengambil bahagian dalam IEMS 2023 dan dijangka menarik sehingga 40,000 pengunjung.

Sumber: Berita Harian

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

KLSS 2026 Rates

Pricing Options

Early Bird available until 31st May 2026

Price does not include SST.

 Early Bird Rates

Standard
RM1,485
Government / Academic
RM1,215

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650
Government / Academic
RM1,350

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350
Government / Academic (per person)
RM1,000

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC