Our Story

mgtc-logo-line (1)
Town Hall Rakyat siri kelima fokus isu alam sekitar
Town Hall Rakyat diteruskan untuk edisi kelima bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Town Hall Rakyat diteruskan untuk edisi kelima bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

SHAH ALAM – Berikutan sambutan luar biasa daripada orang ramai sebelum ini, Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian diteruskan untuk edisi kelima, kali ini bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, program yang berlangsung pada Isnin bakal membincangkan isu sangat penting kepada masyarakat terutama melibatkan masa depan alam sekitar dan perubahan iklim.

“Malah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim juga menjadi tumpuan apabila isu bekalan air bersih kepada rakyat terutamanya di beberapa negeri memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan.

“Apatah lagi Malaysia dan dunia beberapa bulan lepas baru sahaja mengharungi musim panas melampau sehingga ada beberapa kes kematian membabitkan strok haba.

“Dengan rakyat pada hari ini begitu menitikberatkan program dan projek pembangunan yang memberi tumpuan kepada sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), sudah tentunya orang ramai ingin mengetahui perancangan jangka masa pendek dan panjang kerajaan,” katanya kepada Sinar Ahad.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, program akan bersiaran di Dewan Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 di sini bermula jam 8.30 malam.

“Atas tanggungjawab besar dalam memastikan kelestarian hidup rakyat, Sinar Harian mengundang orang ramai untuk hadir ke Kompleks Karangkraf bagi memeriahkan program tersebut.

“Sesi dialog bersama menteri merupakan antara sesi yang ditunggu-tunggu kerana memberi peluang kepada orang ramai bertanyakan apa juga soalan berkaitan kepada menteri,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Fazreen Kamal berkata, sebanyak enam agensi di bawah kementerian berkenaan akan membuka reruai di Kompleks Karangkraf pada Isnin untuk memberi lebih banyak informasi kepada orang ramai yang hadir.

Menurutnya, agensi yang terlibat ialah Yayasan Hijau Malaysia (YHM), Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, Syarikat Pembetungan Nasional, Indah Water Konsortium (IWK), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Alam Flora.

“Sudah pasti pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung semasa Town Hall Rakyat nanti, antaranya program dan kempen kesedaran YHM, kuiz beserta hadiah menarik, promosi perkhidmatan dan kesedaran mengenai kitar semula, permainan teka silang kata dan cenderahati.

“Selain mendengar perkara dibahaskan oleh menteri, orang ramai juga dapat menimba pengetahuan menerusi enam agensi di mana mereka dapat mengetahui peranan setiap agensi berkenaan,” jelasnya.

Menariknya, Town Hall Rakyat akan dihoskan pelakon popular, Azhar Sulaiman yang bakatnya dicungkil menerusi program anjuran Karangkraf.

Sumber: MSN

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC