Our Story

mgtc-logo-line (1)
Sasar 50 peratus institusi pendidikan di Pahang diiktiraf ‘hijau’
Tengku Hassanal bertitah sasaran itu merupakan satu daripada empat teras digariskan pada Pelan Hala Tuju Greening Education Partnership Pahang 2023-2030. - Gambar fail/Bernama
Tengku Hassanal bertitah sasaran itu merupakan satu daripada empat teras digariskan pada Pelan Hala Tuju Greening Education Partnership Pahang 2023-2030. – Gambar fail/Bernama

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus institusi pendidikan di negeri ini diiktiraf sebagai sekolah atau institusi hijau melalui program Eco-Schools dan Eco-Campus.

Baginda bertitah sasaran itu merupakan satu daripada empat teras digariskan pada Pelan Hala Tuju Greening Education Partnership Pahang 2023-2030 yang bertujuan memperkasakan generasi muda dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai diperlukan bagi menangani cabaran alam sekitar yang semakin mendesak melalui pendidikan.

“Greening Education Partnership merupakan satu inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan menyampaikan tindakan yang teguh dan kromprehensif bagi menyediakan setiap murid memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap untuk menghadapi perubahan iklim.

“Ia juga ditubuhkan untuk memberi inspirasi kepada negara agar terus memperkasakan murid dengan kemahiran diperlukan untuk tindakan iklim pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan dalam konteks peralihan ke arah ekonomi digital dan hijau,” titah baginda.

Tengku Hassanal bertitah demikian semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Eco-Schools Pahang di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Azizah di sini hari ini, anjuran Yayasan Green Growth Asia dengan kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Pahang.

Turut berangkat ialah adinda baginda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana yang merupakan Penaung Diraja Program Eco-Schools Pahang dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera selain turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Program Eco-Schools, menurut Tengku Hassanal merupakan elemen terpenting menjayakan pelan hala tuju itu dan platorm terbaik bagi membentuk teladan serta meningkatkan kesedaran dan perakuan isu alam sekitar semasa melalui pembelajaran.

Buat permulaan, sebanyak 100 sekolah rendah dan menengah di Pahang akan terlibat dalam pelaksanaan Eco-Schools.

Selain sasaran 50 peratus itu, pelan berkenaan turut menyasarkan 100 peratus sekolah terlibat dalam pelaksanaannya menerapkan pengintegrasian pendidikan perubahan iklim dalam kurikulum manakala 100 peratus institusi pendidikan tinggi yang terlibat akan menawarkan kursus pengurusan pembangunan mampan.

Manakala pengetua atau guru besar dan sekurang-kurangnya dua guru daripada setiap sekolah di Pahang menghadiri kursus pendidikan perubahan iklim serta semua sekolah di kawasan FELDA yang mengikuti Eco-Schools menjadi pusat pendidikan bagi pembangunan masyarakat mampan.

Tengku Hassanal juga bertitah program Eco-Schools merupakan program pendidikan untuk pembangunan mampan atau Education For Sustainable Development terbesar di dunia dengan jaringan 95 negara melibatkan 20 juta murid dan sejuta guru.

Intervensi pendidikan untuk pembangunan mampan itu juga, menurut Tengku Hassanal, membawa peranan belia selaku ejen perubahan dalam membina masyarakat sifar bersih karbon.

Tengku Hassanal seterusnya menzahirkan semua pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, organisasi antarabangsa dan badan bukan kerajaan untuk menyokong, menyumbang serta berkongsi kepakaran bagi memastikan kejayaan pelan itu, bagi kelestarian alam sekitar pada masa akan datang.

— BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC