Our Story

mgtc-logo-line (1)
150 PBT terima geran RM250,000, perkasa bandar rendah karbon

PUTRAJAYA: Sebanyak 150 pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing menerima Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) berjumlah RM250,000 pada tahun lalu.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, geran yang dilancarkan pada 2021 dengan peruntukan RM35 juta itu bagi memperkasakan inisiatif bandar rendah karbon berimpak tinggi.

Geran tersebut menetapkan hala tuju dan pendekatan yang bersesuaian dengan konsep bandar rendah karbon ke arah mencapai sasaran pengurangan gas rumah kaca GHG.

“Insyallah kita teruskan, sebab kita akan letakkan elemen alam sekitar atau green economy ini sebagai salah satu fokus dalam belanjawan 2023 yang beliau (Perdana Menteri) akan bentangkan pada sidang parlimen akan datang.” katanya kepada media selepas majlis pra-pelancaran Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau dan Eko Antarabangsa Malaysia IGEM 2023 di sini, hari ini.

Jelasnya, peruntukan geran itu diutamakan kepada PBT bagi melaksanakan program Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon LCCF serta Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 di peringkat kategori Zon Rendah Karbon.

Dalam pada itu, mengenai penganjuran IGEM 2023, Nik Nazmi berkata kerajaan menyasarkan potensi perniagaan bernilai sekurang-kurangnya RM4 bilion sepanjang tiga hari acara berlangsung.

“Pada IGEM 2023, kita akan fokus keutamaan untuk mengurangkan impak perubahan iklim dan juga menekankan elemen SDG (Matlamat Pembangunan Lestari) dan ESG (Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus) untuk semua pihak sama ada kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan awam bagi memenuhi sasaran negara,” katanya.

IGEM 2023 yang bertemakan ‘Race Towards Net Zero: Leadership for Climate Action’ akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 4 hingga 6 Oktober depan.

Sumber : Buletin TV3

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

KLSS 2026 Rates

Pricing Options

Early Bird available until 31st May 2026

Price does not include SST.

 Early Bird Rates

Standard
RM1,485
Government / Academic
RM1,215

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650
Government / Academic
RM1,350

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350
Government / Academic (per person)
RM1,000

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC