Our Story

mgtc-logo-line (1)
Tubuh perniagaan sosial bantu masyarakat secara lebih mampan – Penerima Hadiah Nobel
Muhammad Yunus berkata, langkah menubuhkan badan kebajikan dan mewujudkan yayasan adalah norma yang telah berlalu. - Foto BERNAMA
Muhammad Yunus berkata, langkah menubuhkan badan kebajikan dan mewujudkan yayasan adalah norma yang telah berlalu. – Foto BERNAMA

BANGI: Perniagaan di negara ini boleh menjalankan perniagaan sosial untuk membantu menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat, supaya sekali gus dapat menyumbang semula kepada rakyat secara lebih mampan.

Penerima Hadiah Keamanan Nobel, Profesor Muhammad Yunus, yang dianggap sebagai ‘bapa perniagaan sosial’ berkata walaupun memberikan sumbangan, langkah menubuhkan badan kebajikan dan mewujudkan yayasan adalah norma yang telah berlalu.

Beliau berkata justeru, pilihan untuk menjalankan perniagaan sosial kini dibuat oleh banyak individu dan organisasi.

“Boleh menggunakan kebijaksanan dalam perniagaan serta pengalaman perniagaan anda dengan menubuhkan perniagaan berasingan untuk menjalankan perniagaan sosial. Gunakan kapasiti anda, dengan sasaran bukan untuk menjana wang sebaliknya untuk menyelesaikan masalah.

“Apabila perniagaan itu meraih keuntungan, labur semula ke dalam perniagaan itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Dialog Perniagaan Sosial Hijau di bangunan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) di sini, pada Isnin.

Acara ini adalah anjuran Yayasan Amanah Belia (MyHarapan) dengan kerjasama MGTC.

Muhammad menjelaskan dalam perniagaan sosial, sumber boleh diperoleh dari mana-mana sahaja, termasuk keupayaan kreatif, bakat dan dana tetapi tujuannya bukan untuk menjana wang bagi diri sendiri sebaliknya menyelesaikan masalah dalam masyarakat.

Memandangkan perniagaan sosial adalah pilihan, maka lebih baik tidak menunggu sehingga kerajaan perlu menetapkan sebuah dasar atau kenyataan mengenainya, kerana usaha ini digerakkan oleh individu atau kerjasama dengan rakan dan pekerja yang akan membolehkan usaha dilakukan dengan lebih cepat tanpa birokrasi, katanya.

Sementara itu, semasa sesi perkongsian panel, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor berkata antara usaha berterusan pihaknya untuk menarik idea baharu dalam kalangan belia adalah melalui program Jana Graduan Usahawan Hijau (JaGUH).

Program ini membantu MGTC mengenal pasti dan membimbing usahawan sosial muda untuk membangunkan penyelesaian lestari melalui pelbagai idea, katanya.

MGTC juga telah menjalankan program Bandar Rendah Karbon dan Rumah Ibadat Hijau, dengan sebuah agensi kerajaan menyediakan kemudahan dalam infrastruktur selain menyediakan nasihat profesional dan insentif atau geran dalam usaha mengurangkan 45 peratus pelepasan rumah hijau menjelang 2030.

Pada majlis itu, MGTC turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa institusi serta syarikat bagi menangani isu kemiskinan, pengangguran, dan pelepasan karbon bersih melalui perniagaan sosial yang mampan.

— BERNAMA

Sumber : Astro Awani

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC