Our Story

mgtc-logo-line (1)
30 pengecas EV dipasang di Bandaraya Ipoh, tumpu kawasan pelancongan
Rumaizi berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat swasta bagi memastikan keperluan itu dipenuhi. - Gambar/ Bernama
Rumaizi berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat swasta bagi memastikan keperluan itu dipenuhi. – Gambar/ Bernama

IPOH: Sekurang-kurangnya 30 pengecas kenderaan elektrik (EV) akan dipasang di lokasi strategik sekitar Bandaraya Ipoh tahun depan, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Ujarnya kemudahan itu penting dalam menjadikan bandar raya berkenaan sebagai bandar pelancongan, di samping memudahkan pengguna kenderaan tersebut.

Justeru katanya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat swasta bagi memastikan keperluan itu dipenuhi.

“Untuk menggalakkan pembinaan EV di sini, kita sudah melantik syarikat usahasama dan sekurang-kurangnya 30 pengecas EV akan diwujudkan tahun depan.

“Kalau kita (Ipoh) mahu jadi bandar pelancongan, kita kena ada pengecas EV. Saya ambil contoh sekarang banyak kereta dari Singapura masuk ke Ipoh.

“Bila saya semak dan komen yang diterima, kenderaan dari sana sudah banyak yang menggunakan EV.

“Jadi kita akan buat (pengecas) dengan teknologi baharu, ia tidak ambil masa lama untuk cas dan akan diwujudkan tahun depan,” katanya.

Rumaizi berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Penuh Majlis Bulan November di Dewan Mesyuarat MBI, di sini pada Rabu.

Sebelum ini beliau katanya, MBI sudah merangka penyediaan pengecas EV dalam Blueprint Pelan Bandar Rendah Karbon 2030 bagi menggalakkan penggunaan EV untuk mengurangkan pelepasan gas karbon.

Tahun lalu MBI dengan kerjasama pihak Greentech Malaysia (MGTC) telah melaksanakan pemasangan dua unit pengecas EV di Ibu Pejabat Majlis dan Pejabat Lama di Ipoh Padang.

Selain itu, terdapat penambahan dua unit lagi tahun ini iaitu di Taman D.R Seenivasagam dan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.

Katanya, terdapat juga penglibatan swasta bagi pemasangan pengecas EV di Bandaraya Ipoh iaitu di Sunway City Ipoh, Hotel Weil dan tempat letak kereta Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Sumber : Astro Awani

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC