Our Story

mgtc-logo-line (1)
Tiga lokasi digazet Komuniti Bebas Plastik Sekali Guna Shah Alam
Mohd Rashidi (dua dari kiri) menyerahkan cenderahati kepada Christoffer (dua kanan) sambil disaksikan Loy Sian (tengah) selepas majlis perasmian.
Mohd Rashidi (dua dari kiri) menyerahkan cenderahati kepada Christoffer (dua kanan) sambil disaksikan Loy Sian (tengah) selepas majlis perasmian.

SHAH ALAM – Bandar raya Shah Alam dipilih sebagai bandar perintis di Malaysia untuk Projek Tindakan Kolaborasi Terhadap Pencegahan Penggunaan Plastik Sekali Guna di Asia Tenggara (CAP-SEA) oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC).

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, dalam memastikan hala tuju ini dilaksanakan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menggazetkan kawasan Vista Alam, Wisma MBSA serta Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam sebagai kawasan Komuniti Bebas Plastik Sekali Guna.

Menurutnya, pemilihan Vista Alam, Wisma MBSA dan UiTM Shah Alam merupakan salah satu gerak kerja di bawah Projek CAP-SEA oleh MGTC dan sebuah agensi di bawah kerajaan Jerman, Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit (GIZ).

“Pemilihan tiga kawasan yang terletak di pusat bandar raya ini juga adalah sebagai penanda aras kepada kawasan-kawasan lain di dalam kawasan pentadbiran MBSA,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Komuniti Bebas Plastik Sekali Guna Shah Alam sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam ke-22 di Vista Alam, Seksyen 14 di sini.

Majlis perasmian disempurnakan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian dan turut dihadiri Ketua Projek CAP-SEA Asia Tenggara, Christoffer Brick dan Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor.

Dalam pada itu, MBSA turut memberikan sijil penghargaan kepada Badan Pengurusan Bersama Vista Alam, Wisma MBSA, UiTM Shah Alam serta lima premis perniagaan yang aktif melaksanakan kempen bebas plastik sekali guna di Vista Alam.

Sumber : Sinar Harian

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC