Our Story

mgtc-logo-line (1)
Kurang pelepasan 45 peratus gas rumah hijau 2030
Para petugas membuat persiapan untuk Karnival KASA) 2022 @ Kubang Kerian Sejahtera.
Para petugas membuat persiapan untuk Karnival KASA) 2022 @ Kubang Kerian Sejahtera.

KOTA BHARU: Rakyat akan diberi pendedahan mengenai penggunaan kereta elektrik (EV) di Karnival Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) 2022 @ Kubang Kerian Sejahtera pada Khamis ini.

Pegawai Khas Menteri Alam Sekitar dan Air, Saizol Ismail berkata pameran itu diterajui Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), sebuah agensi di bawah kementerian teebabit.

Katanya kerajaan menyasarkan pengurangan intensiti pelepas gas rumah hijau sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2030 berbanding pada 2005.

“Lebih 20 agensi kerajaan di bawah kementerian ini serta agensi kerajaan negeri akan terlibat pada karnival tersebut diadakan selama tiga hari di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong.

“Banyak aktiviti diadakan sepanjang karnival terbabit termasuk pendedahan mengenai kereta elektrik yang akan menjadi teknologi sangat penting pada masa depan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Saizol berkata Menteri KASA Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut bersama masyarakat sepanjang tiga hari program tersebut berlangsung termasuk forum perdana pada malam Jumaat.

Malah kata beliau, pihak penganjur turut menampilkan Dato’ Hattan atau nama sebenar Mohd Shukri Shahabudin pada konsert, tribute untuk Bob Lokman yang meninggal dunia 23 September lepas. – HARAKAHDAILY 25/10/2022

Sumber : Harakah Daily

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC