Our Story

mgtc-logo-line (1)
Pavilion Malaysia jana potensi niaga RM70 bilion

KUALA LUMPUR: Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai menjana potensi perdagangan, pelaburan dan petunjuk perniagaan bernilai lebih RM70 bilion melalui program perdagangan dan perniagaannya yang luas.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Shamsul Bahar Mohd Nor berkata kejayaan dalam menjalin kerjasama di ekspo itu mendorong kumpulan untuk terus menyediakan ruang kepada perniagaan melalui platform maya Pavilion Malaysia.

“Platform itu akan terus beroperasi sehingga 30 Sept, 2022, memberikan peluang kepada syarikat global untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai syarikat Malaysia dan industri tempatan kita menghubungi rakan sejawat mereka di luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Platform yang mendapat permintaan itu boleh diakses melalui laman web, www.malaysiaexpo2020.com.

Platform maya itu menawarkan pasaran e-dagang yang menyeluruh untuk industri bertemu dan berinteraksi dengan pembeli dan rakan usaha sama, termasuk akses kepada sesi padanan perniagaan secara mingguan.

Pengguna akan dapat mengakses gerai pameran maya, menyertai pertemuan perniagaan kepada perniagaan, sesi padanan perniagaan dan webinar.

Terdapat juga gerai maya yang khusus untuk penaja Pavilion serta kementerian, agensi, kerajaan negeri dan syarikat yang mengambil bahagian.

Kira-kira 5,000 pembeli antarabangsa yang berpotensi dan 250 syarikat peserta pameran Malaysia telah mendaftar dengan platform maya itu.

-BERNAMA

Sumber : Berita Harian

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC