Our Story

mgtc-logo-line (1)
Kasa sasar sumbangan RM1 juta Kempen Wakaf Masjid Hijau
Mansor Othman (kiri) menyerahkan kit kepada wakil Al Fadil Ustaz Zul Mohammad (kanan) bagi Masjid Zaid bin Haritsah pada Majlis Penyerahan Kit Rumah Ibadat Hijau dan Program Kesedaran Mengenai Kepentingan Kelestarian Alam Sekitar di Masjid Zaid bin Haritsah hari ini. FOTO BERNAMA
Mansor Othman (kiri) menyerahkan kit kepada wakil Al Fadil Ustaz Zul Mohammad (kanan) bagi Masjid Zaid bin Haritsah pada Majlis Penyerahan Kit Rumah Ibadat Hijau dan Program Kesedaran Mengenai Kepentingan Kelestarian Alam Sekitar di Masjid Zaid bin Haritsah hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) menyasarkan sumbangan sebanyak RM1 juta daripada orang awam menerusi Kempen Wakaf Masjid Hijau tahun ini, kata Timbalan Menterinya Datuk Mansor Othman.

Beliau berkata, sumbangan berkenaan bagi membantu pihak pengurusan masjid mengakses sumber pembiayaan alternatif yang mudah, cepat dan mapan untuk membiayai projek teknologi hijau.

“Inisiatif ini berkonsepkan dana awam dengan sumbangan dana diperoleh daripada individu, sektor kerajaan, sektor korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disalurkan kepada masjid,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Kit Rumah Ibadat Hijau (RIH) dan pelancaran Kempen Wakaf Masjid Hijau di Masjid Zaid Haritsah, Gombak, hari ini.

Kempen Waqaf Masjid Hijau itu adalah lanjutan daripada inisiatif RIH sejak 2020 yang diusahakan bersama agensi kementerian itu Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) dan Yayasan Waqaf Malaysia.

Beliau berkata inisiatif RIH adalah untuk menjadikan rumah ibadat sebagai pusat pemangkin kelestarian alam sekitar dalam memupuk budaya gaya hidup hijau dalam kalangan ahli kariah, selain menjadikan bangunan komuniti itu yang cekap tenaga, cekap air, mesra alam dan rendah karbon di kawasan setempat.

Selain Masjid Zaid Haritsah, kit RIH turut diserahkan kepada tujuh masjid angkat Kasa dan agensi di bawahnya, antaranya Masjid Selayang Baru di Selayang, Selangor; Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan; Masjid Jamek Ara Kuda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.

Sebagai perintis, beliau berkata, MGTC sudah menyiapkan laporan audit awal lapan masjid berkenaan dan mendapati jumlah penggunaan tenaga tahunan kesemua masjid itu adalah 1.7 juta kilowatt-jam (kWh), manakala penggunaan air sebanyak 85,000 meter padu dan pembebasan karbon pula adalah sebanyak 977 tan karbon dioksida setara.

“Merujuk kepada laporan audit awal, potensi penjimatan tenaga adalah 29 peratus, air 25 peratus dan pengurangan pembebasan karbon 29 peratus.

“Selain itu, potensi penjimatan kos utiliti kepada pihak masjid dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah RM258,000 bersamaan 29 peratus jika dibandingkan dengan penanda aras pada 2019,” katanya.

Mansor berkata antara usaha pelestarian yang dijalankan masjid berkenaan seperti penukaran lampu jenis Light Emitting Diode (LED), penyaman udara cekap tenaga bertaraf empat dan lima bintang, sistem penuaian air hujan, penukaran pili cekap air dan pemasangan sistem solar.

Beliau berharap usaha mentransformasikan masjid berkenaan kepada rumah ibadat hijau dapat diteruskan dengan lebih banyak penyertaan rumah ibadat lain pada masa akan datang, selain sokongan daripada orang awam, NGO dan badan korporat menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) diperlukan.

Sumber : Harian Metro

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC