Our Story

mgtc-logo-line (1)
MGTC, Hatta Dolmat jalin kerjasama

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) agensi dibawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menjalin kerjasama dengan pereka fesyen lestari pertama negara, Hatta Dolmat, melancarkan Jaringan Fesyen MGTC X HATTA DOLMAT yang menampilkan tudung dan topeng muka bermotifkan hutan.

Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor berkata, pelancaran di bawah inisiatif “Udara Bersih Hak Kita” tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran pereka fesyen tempatan dalam mempelopori trend terkini seiring dengan usaha pemeliharaan alam sekitar serta memupuk kesedaran masyarakat dalam aktiviti kitar semula yang membuka peluang bermanfaat dan menguntungkan.

“Koleksi eksklusif ini menggunakan 100 peratus sisa buangan plastik yang diproses menjadi fabrik atau lebih dikenali dengan Recycled Polyethylene Terephthalate,” katanya ketika majlis pelancaran yang diadakan secara maya, hari ini.

Manakala pereka fesyen, Hatta Dolmat berkata, beliau menjalankan inisiatif kelestarian secara berperingkat bagi mengurangkan sisa buangan tekstil dan penggunaan fabrik berasaskan bahan yang mampu merosakkan alam.

“Sebanyak tujuh hingga lapan botol plastik digunakan untuk dikitar semula kepada fabrik bagi menghasilkan koleksi eksklusif tudung dan topeng muka ini,” katanya.

Sebanyak 100 helai tudung dan topeng muka yang dihasilkan kini dibuka untuk jualan melalui media sosial rasmi MGTC.

Sumber : BERNAMA

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

KLSS 2026 Rates

Pricing Options

Early Bird available until 31st May 2026

Price does not include SST.

 Early Bird Rates

Standard
RM1,485
Government / Academic
RM1,215

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650
Government / Academic
RM1,350

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350
Government / Academic (per person)
RM1,000

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC