Our Story

mgtc-logo-line (1)
MDHS rangkul empat anugerah Cabaran LCC 2030
Empat anugerah dirangkul MDHS pada Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2020 yang diadakan pada Selasa.

HULU SELANGOR – Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) memenangi empat anugerah pada Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2020 anjuran Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC).

MDHS dalam satu kenyataan berkata, MDHS menerima dua pengiktirafan ‘Diamond’ menerusi dua kategori iaitu Kategori Zon dan Kategori Rakan Kongsi.

Menurutnya, bagi Kategori Zon, Bandar Kuala Kubu Bharu telah dipilih sebagai kawasan projek dan menerima pengiktirafan Diamond di atas pencapaian pengurangan sebanyak 10.52 peratus bersamaan dengan 804.84 tCO 2e pelepasan karbon.

“Bagi Kategori Rakan Kongsi pula, ibu pejabat MDHS turut mendapat anugerah Diamond berikutan kejayaan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 5.15 peratus sejak 2017 yang bersamaan dengan 13.71 tCO 2e.

“Selain itu, dua agensi yang turut serta dalam kategori Rakan Kongsi turut mendapat pengiktirafan Diamond iaitu Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu dan Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Anugerah bersempena Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (Cabaran LCC 2030) disempurnakan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man secara langsung di Facebook MGTC pada Selasa.

Mohd Azhar menerima anugerah bersempena Cabaran LCC 2030 disampaikan oleh Tuan Ibrahim pada Selasa.

Yang Dipertua MDHS, Dr Mohd Azhar Mohamed Ali hadir bagi menerima anugerah tersebut.

Katanya, tahun ini merupakan tahun kedua MDHS menerima anugerah ini.

“MDHS komited melaksanakan program Bandar Rendah Karbon ini bagi menyokong hasrat kerajaan dalam mencapai matlamat pengurangan intensiti pelepasan karbon monoksida menjelang tahun 2030 serta menggalakkan penduduk Hulu Selangor mengamalkan gaya hidup rendah karbon.

“Perkara ini juga sejajar dengan Teras Strategik: Merancang Pembangunan Secara Mampan Untuk Mencapai Kesejahteraan Rakyat sebagaimana telah digariskan dalam Pelan Strategik MDHS 2019-2023,” katanya.

MGTC merupakan agensi yang telah diberi mandat oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk melaksanakan Program Cabaran LCC 2030.

Program ini merupakan fasa kedua bagi Pelaksanaan Rangka Bandar Rendah Karbon (LCCF) untuk tempoh pelaksanaan tahun 2019 sehingga 2030.

Sumber : Sinar Harian

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC