Our Story

mgtc-logo-line (1)
KASA umum GeRAK RM35 juta, perkasa inisiatif bandar rendah karbon

KUALA LUMPUR, 6 April — Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) hari ini mengumumkan Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) bernilai RM35 juta bagi memperkasa inisiatif bandar rendah karbon berimpak tinggi.

Menteri berkenaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keutamaan pemberian geran itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melaksanakan program Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) serta Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 di peringkat kategori Zon Rendah Karbon.

Katanya, PBT lain yang menunjukkan komitmen melalui penyediaan polisi, kolaborasi serta pelaksanaan inisiatif rendah karbon akan dipertimbangkan menerima geran berkenaan.

“Geran ini diharap dapat menjana peluang ekonomi setempat, mengurangkan impak kepada alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Saya menggesa agar lebih banyak PBT untuk turut serta dalam usaha negara bagi mewujudkan lebih banyak bandar rendah karbon,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

LCCF adalah rangka kerja pembangunan rendah karbon peringkat perbandaran untuk panduan PBT, universiti dan pihak berkepentingan yang dibangunkan pada tahun 2011.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata menerusi program Bandar Rendah Karbon, jumlah keseluruhan pengurangan karbon di seluruh negara yang direkodkan dari tahun 2011 hingga 2020 adalah 148,572.20 tan karbon setara (CO2e).

Sementara jumlah penyerapan karbon yang dicapai bagi tempoh sama menerusi program itu adalah sebanyak 43,682.75 tan karbon dioksida (CO2). “Usaha-usaha pengurangan karbon yang dilakukan di seluruh negara ini adalah bersamaan dengan 4.8 juta batang pokok,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC