Our Story

mgtc-logo-line (1)
Penyertaan Serba Dinamik di Ekspo 2020 Dubai platform terbaik promosi produk Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Penyertaan Serba Dinamik Group Bhd sebagai antara rakan kongsi utama bagi Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai merupakan platform terbaik untuk mempromosikan kepelbagaian produk Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata ekspo yang dijadualkan berlangsung dari 1 Okt 2021 hingga 31 Mac 2022 itu bakal mempamerkan kemampuan perkhidmatan dan produk syarikatnya di mata dunia.

“Antara penglibatan Serba Dinamik adalah perbincangan rakan setara atau perniagaan kepada perniagaan. Kami juga akan diberi slot tertentu untuk menyampaikan apa yang dapat kami lakukan dan apa yang dapat kami hasilkan dari segi sumbangan kepada pelbagai negara.

“Kami juga diberikan peluang untuk berjumpa dengan pemimpin industri atau pembuat keputusan dari pelbagai negara,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata ekspo tersebut juga akan memberikan peluang terbaik khususnya kepada syarikat swasta berasaskan teknologi yang mempunyai sistem aplikasi sendiri untuk diperkenalkan kepada negara lain.

Mohd Karim turut meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat gergasi lain untuk mendukung misi penting itu dalam mengharumkan nama Malaysia sebagai lokasi terbaik bagi kerjasama dalam sektor perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pendidikan.

Ekspo 2020 Dubai bertemakan, ‘ConnectingMinds, Creating the Future’ merupakan pameran global yang disertai 192 negara dan organisasi termasuk Malaysia.

Ekspo global yang ditadbir oleh Bureau International des Exposition itu menyasarkan 25 juta pelawat yang akan menampilkan inovasi serta idea dan kejayaan dari seluruh dunia bagi membolehkan pelaksanaan tindakan ke arah dunia yang lebih baik.

Pavilion Malaysia yang bertemakan Memperkasa Kemampanan itu mencerminkan komitmen negara untuk mengimbangi kemajuan sosio-ekonomi dengan perlindungan alam sekitar demi memastikan masa depan yang lebih terjamin dan lestari.

Pavilion Malaysia berhasrat untuk memberi inspirasi kepada para pengunjung dengan keramahan Malaysia, biodiversiti hutan hujan tropika dan usaha jangka panjang negara untuk memastikan industri dibangunkan secara mampan.

Penyertaan negara ke ekspo itu diketuai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) menjadi agensi pelaksana.

Ditanya sama ada pihaknya berhasrat untuk menceburi bidang lain selain perkhidmatan penyediaan penyelesaian informasi teknologi maklumat dan angkasa, Mohd Karim berkata pihaknya akan terus berusaha untuk bergerak seiring dengan kehendak semasa pasaran dunia agar tidak ketinggalan dengan pemain industri utama dunia.

“Perniagaan adalah satu perjalanan dan sepanjang perjalanan, kita perlu melihat apa yang akan terjadi dan hala tuju dunia. “Kita mengikut arah tersebut dan yakin rakyat Malaysia dapat melakukannya,” katanya.
— BERNAMA

Sumber : BERNAMA

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC